Dalam kejadian kira-kira jam lima pagi itu, penjenayah yang menggunakan bantuan sebuah jengkaut untuk cuba memecahkan ATM di bank tersebut yang terletak dalam jarak hanya 500 meter dari Balai Polis Bestari Jaya.
Menurut salah seorang penduduk tempatan di situ yang enggan dikenali, kejadian yang berlaku itu amat memeranjatkan kerana lokasi rompakan berkenaan terletak sangat hampir dengan sebuah balai polis.
“Saya pelik bagaimana perkara ini boleh perlaku, bank itu kebetulan terletak berdekatan sahaja dengan balai polis, mustahil pihak polis di situ tidak boleh hendak halang ianya daripada berlaku.”
Semasa kejadian, masih belum dipastikan sama ada pengawal keselamatan berada di bank itu ataupun tidak tetapi kebiasaannya pada waktu malam terdapat anggota pengawal yang berada di dalam cawangan bank tersebut.
MYNEWSHUB difahamkan dua daripada tiga buah ATM di CIMB itu berjaya ditarik keluar jentera berat tersebut sebelum diangkut naik ke dalam sebuah trak pikap dipercayai model Toyota Hilux yang sudah menunggu di situ.
Nilai sebenar kerugian belum dapat diketahui namun difahamkan mungkin besar kerana ia berlaku hujung bulan apabila ATM dimasukkan banyak wang untuk kegunaan petugas awam dan swasta menerima gaji masing-masing.
Pihak polis yang cuba dihubungi MYNEWSHUB setakat ini masih belum lagi memberikan apa-apa kenyataan berkaitan insiden pelik tersebut yang mencetuskan sensasi dalam kalangan penduduk tempatan sendiri.
Foto Guna Jengkaut Rompak Atm Bank 500 Meter Dari Balai Polis
Reviewed by Admin
on
9:07:00 PG
Rating: