Kesemua mereka ditemui mati di dalam kenderaan berkenaan selepas dijumpai pekerja ladang kelapa sawit kira-kira jam 8.10 pagi tadi.
Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, kenderaan berkenaan yang dipercayai dinaiki keempat-empat mangsa disyaki terlibat dalam kemalangan sebelum terbabas ke dalam parit berkenaan.
"Kes disiasat mengikut kes orang hilang dan kita menolak sebarang unsur jenayah di dalam kejadian ini. Kita juga masih meneruskan siasatan untuk mengenalpasti punca kemalangan.
"Kesemua mayat dibawa ke Hospital Mersing untuk siasatan lanjut dan keluarga mangsa akan membuat pengecaman bagi mengenalpasti identiti mayat," katanya.
Sebelum ini pihak polis menerima empat laporan di Balai Polis Seri Alam pada 11, 12, 15 dan 16 Februari berhubung kehilangan empat pemuda berkenaan yang sedang dalam perjalanan bercuti ke Terengganu.
Kesemua mereka dikatakan bertolak dari Bandar Seri Alam pada 10 Februari menaiki kereta jenis Honda Accord namun gagal dihubungi keluarga kira-kira dua jam selepas perjalanan. - SH
Misteri Kelihangan Empat Sekawan Akhirnya Terjawab
Reviewed by Admin
on
8:13:00 PTG
Rating: