Bagaimanapun Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa berkata, parti itu akan terus mempertahankan hak rakyat khususnya kaum Bumiputera seperti yang terkandung dalam Perlembagaan selagi diberi mandat oleh rakyat.
Katanya, ini termasuk bagi memenuhi objektif penubuhan Majlis Amanah Rakyat (Mara) untuk memastikan golongan Bumiputera mendapatkan pendidikan ke peringkat tertinggi.
"Wujudnya Mara bukan untuk suka-suka. Tapi kalau tak suka dengan Mara, ubahlah Perlembagaan. Tapi selagi Umno (berkuasa) kami akan pertahankan Perlembagaan.
"Tuan-tuan nak cari orang lain yang nak pinda Perlembagaan...silakan.
"Dua tahun lagi pilihan raya, if u found a new angel, dan Umno ini devil, vote us out," katanya di sini, Isnin.
Annuar yang juga Pengerusi Mara berkata demikian ketika berucap pada majlis penyerahan surat tawaran pinjaman pendidikan Mara kepada mahasiswa Institusi Pengajian Mara (IPMa) di Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di sini. - mStar
Dua Tahun Lagi Pilihan Raya Kalau Jumpa Malaikat Baru Dan Umno Ini Devil Vote Us Out' - Annuar Musa
Reviewed by Admin
on
10:28:00 PTG
Rating: