10 Bangunan Pencakar Langit Tertinggi Di Dunia Saat Ini



Entri kali ini agak menarik sedikit kerana kita akan melihat keajaiban banggunan ciptaan manusia yang tertinggi di dunia. Ketinggian banggunan pencakar langit ini diukur berdasarkan titik atau struktur yang bersambung paling atas bagi setiap banggunan. Berikut merupakan 10 banggunan tertinggi di dunia.

1. Burj Khalifa

Lokasi : Dubai,United Arab Emirates(UAE)
Tahun mula dibina : 2004
Dibuka tahun : 4 -1-2010
Ketinggian : 828 m


Semasa pelancarannya Burj Khalifa menjadi banggunan tertinggi yang terdapat di dunia. Rekod lain bagi Menara ini adalah mempunyai lift terpantas dengan kepantasan 60 km/jam atau 16.7 m/s dan ketinggian banggunan ini berkali ganda daripada banggunan pesaingnya.

2.Abraj Al-Bait

Tinggi : 601 m
Lokasi : Mekah,Saudi Arabia
Tahun mula pembinaan : 2004-2012
Tahun mula dibuka : 2012


Abraj Al-Bait Tower atau lebih dikenali dengan nama Mecca Royal Hotel Clock Tower. Banggunan ini terletaknya berada dekat di selatan pintu masuk Masjidil Haram.

Terdapat tujuh buah menara dengan salah satu menara yang dinamakan Hotel Tower memiliki ketinggian (tinggi 601m) yang diperkhususkan untuk apartmen, Hotel Tower dijadikan hotel tujuh bintang. Bangunan ini mampu menampung hingga 10.000 orang). Pembinanan Abraj Al Bait ini dimulakan pada tahun 2004 selesai pada tahun 2012.

3. Taipei 101

Tinggi : 509 m
Lokasi : Taipei, Taiwan
Pembukaan tahun : 31-12-2004


Dalam banyak-banyak aspek, banggunan ini adalah salah satu pencakar langit yang paling maju yang pernah dibuat Manusia sampai sekarang. Memiliki pelbagai keunggulan seperti fiber optik dan hubungan internet satelit yang dapat mencapai kecepatan 1 gigabyte per detik. Dua lift terpantas telah disediakan oleh Toshiba yang mencapai kepantasan maksimum 1.010 m/min (63km/jam atau 39 mil/jam) yang bermakna ia mampu membawa pengunjung dari dasar ke tingkat terakhir dalam masa 39 saat. Sebuah pendulum seberat 800 ton dipasang di lantai tingkat 88 bagi menstabilkan menara ini terhadap goyangan yang akan timbul daripada gempa bumi, angin taufan ataupun gaya tolakan angin.

4. Shanghai World Financial Center

Lokasi : Pudong , Shanghai , Cina
Tahun dibangunkan : 1997- 2008
Dibuka : 28 Agos 2009
Tinggi : 494,3 m


Ciri yang paling khas dari design bangunan ini adalah bentuk trapezium di puncak. Design asli yang ditetapkan dengan berdiameter 46m untuk mengurangkan tekanan angin, serta berfungsi sebagai subteks untuk design yang membuatnya kurang melingkar.

5.International Commerce Centre


Tinggi : 484 m
Lokasi : West Kowloon , Hong Kong
Dibangun pada tahun : 2005-2010
Dibuka tahun : 2011


ICC Tower Ini adalah sebahagian daripada Union Square projek yang dibangun di atas Kowloon Station. Pembangunan ini dimiliki dan dikembangkan oleh MTR Corporation Limited dan Sun Hung Kai Properties. Pada masa ini ICC merupakan banggunan tertinggi kelima di dunia dengan ketinggian badan, serta menjadi bangunan tertinggi di Hong Kong . Nama formalnya adalah Union Square Phase 7 dan nama ICC secara rasmi diumumkan pada tahun 2005.

6. Menara Kembar Petronas

Tinggi : 451,9 m
Lokasi : Kuala Lumpur, Malaysia
Dibangunkan pada tahun : 1992-1998
Dibuka tahun :1988


Menara Petronas adalah dua buah pencakar langit berkembar di Kuala Lumpur, struktur yang menjadi ia menara tertinggi di dunia diukur dari tinggi pintu masuk utama ke bahagian struktur paling tinggi.

Menara ini dirancang oleh Adamson Associates Architects, Kanada bersama dengan Cesar Pelli dari Cesar Pelli of Cesar Pelli & Associates Architects Amerika syarikat,dengan design Interior yang merefleksikan budaya Islam di Malaysia. Pada 17 Oktober 2003, Taipei 101 merampas rekod menara kembar ini. Tetapi Menara Kembar Petronas tetap memegang gelaran menara berkembar tertinggi di dunia.

7. Zifeng Tower

Lokasi : Nanjing, China
Tinggi : 450 m
Selesai dibangun pada tahun : 2009
Dibuka tahun :2009


Zifeng Tower alias Greenland Pusat-Zifeng Tower atau Menara Greenland Persegi Zifeng, terdiri dari ruang pejabat di bahagian bawah, dan restoran, hotel, dan sebuah observatorium publik di bahagian atas.

8. Willis Tower

Lokasi : Chicago, AS
Tinggi : 442 m
Dibangun pada tahun : 1997- 1973


Menara Willis yang sebelum ini dikenali sebagai Sears Tower semasa dilancarkan pada tahun 1973, ia merupakan bangunan tertinggi di dunia, melebihi World Trade Center menara di New York, dan memegang gelaran ini selama hampir 25 tahun. Menara Willis adalah bangunan tertinggi di Amerika syarikat dan ketujuh tertinggi di dunia . Gedung pencakar langit ini adalah salah satu ikon paling popular di Chicago, dan lebih dari satu juta orang mengunjunginya pada setiap tahun.

Pada tarikh 16 Julai 2009, bangunan itu secara rasmi bertukar nama menjadi Willis Tower.

9. Jin Mao Building
Lokasi : Shanghai, China
Tinggi : 420,5m
Dibuka pada tahun : 28 Agustus 1998


Jin Mao Tower Ini merupakan kawasan pejabat dan Shanghai Grand Hyatt Hotel . Sehingga tahun 2007 ini ia menjadi bangunan tertinggi di RRC, dan yang tertinggi kelima di dunia dengan ketinggiannya. Dan JMT bersebelahan dengan Shanghai World Financial Center.

10. Two International Finance Centre


Lokasi : Hong Kong
Tinggi : 415 m
Dibangunkan pada tahun : 1997- 2003
Dibuka tahun : 2003


International Finance Centre adalah sebuah pengembangan komersial terletak di tepi pusat Districh Hong Kong. Tower IFC juga menjadi bangunan tertinggi kedua di Hong Kong, di belakang International Commerece Centre di Kowloon Barat. Dan Juga bangunan keempat tertinggi di wilayah Cina melebihi banggunan lain Ketinggian IFC mirip dengan World Trade Center yang telah runtuh.


10 Bangunan Pencakar Langit Tertinggi Di Dunia Saat Ini 10 Bangunan Pencakar Langit Tertinggi Di Dunia Saat Ini Reviewed by Admin on 1:00:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.