Menurutnya anaknya bukan mengalami sakit parah seperti yang disebarkan di laman sosial.
Memetik tulisan di page badan NGO kebajikan berdatar Kelab Kebajikan & Sukarelawan Sosial - KELSS, penyebaran tentang 'sakit mata parah' anak Pn Nurbustaniah telah berleluasa dengan kepsyen palsu oleh pengguna FB sejak beberapa hari lalu menimbulkan keresahan pada Pn Nurbustaniah iaitu ibu kepada adik Hidayah.
Menurut Puan Nurbustaniah yang dihubungi krew NGO berkenaan di Perlis, anaknya selamat jalani pembedahan pada 16 Mei lalu di PPUM Petaling Jaya dan semalam telah pulang ke rumah
Gambar terbaru baby Hidayah selepas menjalani pembedahan
Dari pemerhatian dan carian Siakapkeli di media sosial tenyata gambar berkenaan mula disebarkan oleh seorang pengguna Facebook yang sudah banyak kali menyebarkan berita palsu.
Namun orang ramai seperti biasa tanpa usul periksa telah 'share' status berkenaan di mana sehingga kini sudah 4,800 kali kongsian telah di lakukan orang ramai.
Manakala, sehingga kini gambar berkenaan telah menerima lebih 70,000 komen.
Ibu Sedih Dan Tekilan 'Kisah Mata Anak' Disebarkan Menjadi Viral Dengan Kapsyen Palsu
Reviewed by Admin
on
10:34:00 PTG
Rating: