Ini kerana menurut Rafizi, ada di kalangan ahli dan pimpinan PKR yang tersasar daripada perjuangan asal PKR sepertimana yang diperjuangkan oleh Anwar pada satu ketika dahulu.
"Saya khuatir apabila ada segelintir di dalam parti yang membicarakan soal kewajaran bercakap mengenai aduan salah laku di dalam parti; bicara itu lebih rancak dari bicara keperluan memastikan tidak ada kelemahan yang menyebabkan salah laku berlaku.
"Saya khuatir apabila segelintir rakyat mengeluh mengenai kemahuan mereka agar pembangkang nampak bersatu agar lebih diyakini berbanding Barisan Nasional; keluhan itu lebih kuat dari desakan mereka agar kerajaan-kerajaan Pakatan Harapan perlu lebih ke depan membawa tata kelola dan urus tadbir yang lebih telus dan berkesan.
"Saya ingat di awal reformasi dahulu, saya mula memahami erti “kuasa itu membutakan” (“power corrupts”). Tidak ada sistem yang boleh menjamin tidak berlakunya penyelewengan dan salah laku tidak kira dari parti mana kerana bila berdepan dengan kuasa dan wang, nafsu manusia adalah berbeza," katanya dalam satu kenyataan medianya, hari ini.
Namun, jelas Rafizi, walaupun, beliau tetap menaruh keyakinan bahawa semangat reformasi masih utuh dalam PKR.
"Saya menarik nafas lega kerana di sebalik rebut-ribut di dalam cawan minggu ini, saya yakin semangat dan matlamat reformasi masih segar dan semakin kukuh di dalam PKR kalau dulu kita diuji dengan susah payah dan tekanan untuk menilai kecekalan kita, kini kita diuji dengan harta dan kuasa untuk menilai keikhlasan kita," katanya.
Sebelum ini, surat lapan muka surat bertulis tangan dipercayai dari Anwar itu yang ditujukan kepada pemimpin-pemimpin PKR menyebut soal gerakan selamatkan Malaysia dan Deklarasi Rakyat. - SH
Inilah Teguran Anwar Yang Boleh Buat Pemimpin Pakatan Harapan Sentap!
Reviewed by Admin
on
7:00:00 PG
Rating: