Bekas Komando Orang Asli Diangkat Sebagai Hero di Media Sosial Selepas Kisahnya Melawan 10 Perompak Tersebar
Kisah John Bah Tuin itu, seorang bekas komando yang kini membuka Cameron Highlands Rainforest Inn Resort di Ringlet, Cameron Highland dikongsi oleh seorang aktivis hak asasi, Siti Kasim di Facebook.
Menurut Siti, insiden itu berlaku pada malam Sabtu, ketika dia sedang dalam perjalanan dari Mensun ke Ringlet, lapor FMT.
"Dia memberhentikan kereta di tepi jalan apabila tiga buah kereta menghalang laluannya.
"Sekumpulan lelaki itu menyuruh dia keluar dan cuba untuk merompaknya
"Tapi malang buat mereka kerana telah memilih orang yang salah", kata Siti.
Siti berkata lagi, John kemudian menumpaskan kesemua mereka dengan sebilah parang yang sentiasa dibawa olehnya.
John juga telah menetak tangan salah seorang dari mereka ketika pergelutan, kata Siti menceritakan kembali apa yang John telah ceritakan kepadanya.
John juga telah membuat laporan polis susulan kejadian.
"Ini sangat luar biasa... seorang lelaki melawan sepuluh perompak. Ada juga yang hilang tangan", tulis Siti.
Siti juga meminta John supaya tidak degil dan pergi berjumpa doktor untuk memeriksa kecederaannya.
"Dia berdarah ketika bercakap dengan saya
"Dia enggan pergi berjumpa doktor. Saya berharap dia OK"
Sementara itu, di Facebook, orang ramai mengangkat John sebagai wira setelah membaca kisah yang dikongsi Siti itu sehingga ada yang menyifatkan apa yang berlaku ibarat dalam filem aksi hollywood.
Bekas Komando Orang Asli Diangkat Sebagai Hero di Media Sosial Selepas Kisahnya Melawan 10 Perompak Tersebar
Reviewed by Admin
on
9:20:00 PG
Rating: