Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata demikian sambil mempersoal keadilan dan kesaksamaan dalam siasatan SPRM.
“Walaupun serbuan yang dilakukan itu dengan kehadiran Guan Eng, isterinya Betty Chew dan peguam mereka, tindakan tersebut menimbulkan persoalan.
“Lebih-lebih lagi usaha yang teramat pantas dan bersungguh-sungguh dalam kes Guan Eng ini sama sekali berbeza dengan tindak balas SPRM terhadap laporan-laporan kes ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang hampir tiada sama sekali,” katanya menerusi satu kenyataan.
Beliau juga mempersoal jika serbuan sedemikian pernah dilakukan oleh SPRM di kediaman Najib.
“Jika tiada, mengapakah siasatan ke atas sebuah banglo memerlukan tindakan drastik sebegini?” soalnya.
Timbalan Presiden PKR itu juga mahu SPRM dilihat adil dan tidak memilih bulu dalam siasatan yang dikendalikan.
Terdahulu, beberapa pegawai SPRM dilihat memasuki kediaman Guan Eng di Jalan Pinhorn kira-kira jam 3.15 petang tadi.
Azmin Ali Kemukakan Soalan Pedas Buat SPRM
Reviewed by Admin
on
12:00:00 PG
Rating: