Sepupu rapatnya, Nik Sinluddin Nik Mustapha, 70, tidak menyangka kata-kata itu yang dianggap gurauan, menjadi kenyataan apabila Rosli meninggal dunia dalam kemalangan ketika menunggang motosikal, awal pagi tadi.
"Kali terakhir saya berjumpa arwah pada Selasa lalu dan kelakuan arwah nampak sedikit berubah dengan menjadi lebih pendiam, tidak seperti kebiasaannya yang peramah dan ringan mulut.
"Selalunya kalau dalam sesuatu majlis, dari jauh sudah boleh dengar suara arwah bergurau senda mengusik saudara-maranya," kata Sinluddin kepada Bernama di Masjid Al Ansar, tempat jenazah disembahyangkan, hari ini.
Ketika mengimbas kembali kenangannya bersama Arwah, Sinluddin berkata allahyarham memang seorang yang aktif bersukan sejak dari bangku sekolah.
"Semasa di Sekolah Menengah Islah, Kota Bharu, Kelantan, sekitar tahun 1950-an, arwah telah bergiat aktif dalam sukan merentas desa dan acara lari jarak jauh (marathon) sebelum berkecimpung dalam sukan berbasikal," katanya.
N A Rosli atau nama sebenarnya Rosli Abdul Kadir, 76, maut dalam kemalangan jalan raya di Kuchai Lama lebih kurang 7 pagi tadi.
Rosli merupakan seorang daripada sembilan atlet berbasikal yang membawa bendera Malaysia ke temasya Sukan Olimpik 1964 di Tokyo, bersama Andrew Michael, Choy Mow Thin, Supaat Hamid, Salam Kamsari, Ng Joo Pong, Zain Safaruddin, Stephen Lim Tian San dan Tuow Choon Boon.
Buat pertama kali, Malaysia menyertai Sukan Olimpik 1964 selepas pembentukan Malaysia yang melibatkan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan juga Singapura, dengan seramai 66 atlet mewakili negara pada masa itu. – Bernama
Inilah Kata-Kata Gurauan Allahyarham N A Rosli Ketika Majlis Tahlil Yang Menjadi Kenyataan
Reviewed by Admin
on
12:35:00 PTG
Rating: