Adakah Debu Letusan Gunung Berapi Sinabung Jejas Malaysia? Ikuti Penjelasannya



KUALA LUMPUR: Asap dan debu letusan gunung berapi Sinabung di Sumatera, Indonesia dijangka tidak memberi kesan kepada Malaysia berikutan keadaan angin di negara ini bertiup dari arah barat laut.

Bagaimanapun Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata keadaan angin dijangka berubah bertiup dari arah barat daya mulai Isnin.

"Sekiranya gunung berapi Sinabung berterusan meletus, asap debu boleh sampai di Semenanjung selepas 25 Mei atau 26 Mei," katanya di dalam satu kenyataan Ahad.

Enam orang disahkan maut setakat ini manakala tiga lagi kritikal akibat terkena debu panas gunung berapi Sinabung di daerah Karo, Sumatera Utara yang meletus sejak semalam.

Bernama melaporkan, Ketua Pusat Data Informasi dan Hubungan Manusia Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB) Sutopo Purwo Nugroho berkata, kesemua mangsa adalah penduduk tempatan.

Gunung berapi setinggi 2,460 meter itu adalah antara yang paling aktif di Indonesia dan pada 2014 beberapa penduduk terbunuh dan beribu-ribu yang lain dipindahkan akibat letusan gunung berapi itu. - mStar

Adakah Debu Letusan Gunung Berapi Sinabung Jejas Malaysia? Ikuti Penjelasannya Adakah Debu Letusan Gunung Berapi Sinabung Jejas Malaysia? Ikuti Penjelasannya Reviewed by Admin on 8:42:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.