Lebih dari itu, hidup Zukermi menjadi lebih perit apabila keluarganya di Puchong, Selangor enggan berhubung lagi dengannya. Di Rembau, kehidupan Zukermi tidak tentu arah dan dia melakukan pelbagai kerja untuk menyara kehidupan.
Ibarat Gelandangan
Setiap hari, dia menumpang beg pakaiannya di sebuah kedai di pekan Rembau dan apabila malam berlabuh dia akan mencari kawasan seperti stesen bas atau surau untuk melelapkan mata.
Sepanjang dua tahun yang hitam itu juga, masyarakat sekeliling di pekan itu memandang serong terhadap Muhammad Zukermi kerana mereka mengetahui dia sedang menjalani hukuman buang daerah.
Kembali Selepas Dua Tahun
Selepas dua tahun, Zukermi kembali ke ibu negara selepas tamat tempoh hukuman. Dia kemudian mula mencari kerja di Kuala Lumpur dengan melakukan pelbagai kerja termasuk dengan menjaga parkir kereta.
Dapat Ilham di Kafe Siber
Dek kerana merasakan kehidupan di ibu kota sukar, Zukermi kemudian kembali ke Rembau. Satu hari, ketika dia melepak di kafe siber, Zukermi mendapat ilham untuk menjual produk online. Dia mula menjual produk kesihatan dengan mengiklankannya di media sosial.
Sebaik sahaja menerima tempahan, Muhammad Zukermi mendapatkan produk yang dipesan itu, dan mengeposnya kepada pelanggan. Hasilnya, dia menerima tidak kurang tiga pelanggan setiap hari bermula dari saat itu.
Produk pertama yang dijual ketika itu merupakan barangan kesihatan lelaki. Apabila mendapat sambutan, Muhammad Zukermi mula menjual sabun anti jerawat.
Allah itu Maha Pemurah. Apabila hambanya berusaha, maka akan dianugerahkan rezeki melimpah ruah. Itu jugalah yang terjadi kepada Muhammad Zukermi. Sabun anti jerawat yang dijualnya mendapat sambutan hangat. Justeru, dia mula menjual sabun itu atas jenamanya sendiri, MZ Secret Soap.
Balik Jumpa Ibu Bapa
Selepas perniagannya berkembang, Zukermi lantas teringat kepada ibu bapanya. Zukermi kemudian pulang bertemu mereka dengan memandu kereta pertama yang dibelianya iaitu Proton Perdana.
“Pada mulanya, ibu bapa saya langsung tidak percaya saya pulang dengan kereta sendiri. Malah mereka ingat saya dapat duit banyak kerana jual dadah. Tetapi apabila saya katakan saya jual sabun dan menunjukkan kisah saya di keratan akhbar, mereka lega dan percaya.
“Malah mereka datang melawat saya di pejabat. Syukur hubungan saya dan keluarga kini sudah baik. Malah mereka juga menjadi pendorong semangat saya untuk terus berjaya di bidang ini,” katanya sebagaimana lapor Utusan Online.
Kongsi Kisah di Facebook
Zukermi tidak malu untuk berkongsi kisahnya di Facebook kerana mahu ia dijadikan pengajaran dan inspirasi buat anak-anak muda yang mempunyai impian namun masih tidak nampak jalan atau peluang.
Masih terngiang-ngiang kata-kata yang pernah dihambur kepadanya suatu ketika dahulu. “Kau budak tak habis sekolah, kerja mencuri sahaja, jangan nak berangan sangatlah. Budak tak guna!”. Kata-kata itu, sebenarnya menjadi pendorong yang menguatkan lagi azam anak muda ini untuk terus berjaya tanpa menoleh ke belakang lagi.
Zukermi kini mempunyai syarikatnya sendiri, MZ Secret Sdn Bhd dan memasarkan produk keluarannya sendiri menerusi online.
Selain sabun jerawat, syarikatnya kini turut mengeluarkan beberapa produk lain termasuk Azanis Scar Serum yang dikeluarkan bersama rakan kongsi yang juga isterinya, Nur Azianis Zulkifli.
Kisah Lelaki Jadi Jutawan di Usia 25 Tahun, Pernah Dibuang Daerah Kerana Sertai Kongsi Gelap
Reviewed by Admin
on
9:53:00 PG
Rating: