Datuk Valluvan menjelaskan, kes tersebut boleh dilihat mengikut Akta Jabatan Pengangkutan Jalan 1987, Kaedah 9 bagi keperluan memberi keutamaan kepada ambulans, kenderaan rasmi polis, kastam, penjara dan JPJ, serta Kaedah 53 akta sama untuk penyalah gunaan lorong kecemasan.
Kedua-dua akta membawa hukuman maksimum denda RM2,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama, dan denda RM4,000 atau penjara 12 bulan atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan kedua.
Tambahnya lagi, video serta gambar yang diambil oleh saksi kejadian boleh dilampirkan sebagai bukti kesalahan untuk pemandu tersebut diambil tindakan.
Mengulas kes kemalangan di Lebuh Raya Ayer Keroh, Datuk Valluvan menyeru kepada saksi di tempat kejadian yang mempunyai bukti gambar serta video yang jelas menunjukkan nombor pendaftaran kenderaan seperti yang dimuat naik di Facebook untuk tampil membuat aduan.
Sejurus selepas laporan dibuat, JPJ akan mengesahkan maklumat pengadu, lokasi, masa dan nombor pendaftaran kenderaan berkenaan, dan notis siasatan akan dikeluarkan untuk meminta pemilik kenderaan mendedahkan maklumat pemandu.
Pemandu yang telah dikenalpasti kemudiannya akan dipanggil untuk siasatan lanjut. Segala bukti yang dikemukakan pengadu akan digunakan dalam dakwaan, dan pesalah akan didakwa di mahkamah.
"JPJ atau polis tidak boleh berada di mana-mana, jadi rakyat perlu mengambil tanggungjawab," katanya lagi, sambil berpesan supaya tidak merakamkan situasi sekiranya sedang memandu. Sebaliknya rakaman video atau gambar sebaiknya dibuat oleh penumpang kenderaan untuk mengelakkan kemalangan lain pula.
Maklumat nama dan butiran pengadu akan dirahsiakan. - astroawani.com
Salah Guna Lorong Kecemasan Sebabkan Ambulans Lambat Tiba, JPJ Ambil Tindakan Tegas
Reviewed by Admin
on
11:13:00 PG
Rating: