Suami Asyik Dengan Handphone, Abaikan Keluarga – Isteri Menangis Minta Nasihat Ustaz & Ini Jawapannya




Martabat seorang wanita dalam Islam sungguh tinggi nilainya bahkan mulianya mereka sehingga haram disentuh oleh golongan bukan mahram dan hanya lelaki yang bertuah yang bergelar suami sahaja layak menyentuh mereka.

Apabila bergelar isteri, mereka adalah tanggungjawab seorang suami, suami adalah tempat mereka bergantung, suamilah segalanya bagi mereka kerana jiwa dan raga mereka serahkan.

Suami pula perlu tahu isteri bukan semata-mata perlu dijaga hanya dari kesenangan, tetapi kasih sayang, perhatian, dan kejujuran kerana bila mereka berkahwin bermakna mereka sanggup menjadi teman setia kepada suami sampai mati.

Diceritakan oleh seorng pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew dalam satu seminarnya di mana dalam sesi pertanyaan, ada seorang wanita telah bertanya sehingga menangis, bagaimana untuk menarik perhatian suami mereka yang sibuk dengan telefon sahaja bila di rumah.

Jom baca coretan Ustaz Ebit Lew.

Semasa keluarga sunnah soalan paling banyak dari wanita dan ramai mereka menangis bertanya bagaimana nak tarik perhatian suami supaya suami tidak sibuk tengok whassap dan hp jer? 7pagi keluar rumah balik 7 petang.

Tengok telefon dari 8 malam sampai 2 pagi. Betapa mereka rindukan suami yang mereka telah dinikahkan dan yang mereka cintai. Mereka sibuk urus keluarga dan anak-anak 24 jam.

Sampai rumah sibuk pegang hp. Lepas tu baru sekejap di rumah dah keluar rumah. Asyik mengadap phone jer. Bila panggil suami tak pernah menyahut. Bila bercakap tak mahu dengar. Anak-anak semua kena marah bila ajak bermain. Begitulah sehingga isteri bawa anak-anak tidur. Suami main gadget

Takde langusung bantu kerja rumah. Takde langsung nak gurau-gurau dengan anak. Isteri macam orang gaji. Tidak dibelai,disayangi dan diberi perhatian..

Betapa hebat wanita seperti ini. Wanita bila diambil diakad nikah mereka serahkan semuanya setia buat suaminya sampai mati..ya Allah bantulah wanita yang diuji begini.

Buat suami dan diri saya sendiri. Fikirkanlah isteri berusaha nak menambat hati kita. Kita juga haruslah fikir untuk menambat hati mereka. Menawan hati mereka. Hargai dan sayangi mereka. Beli buku hadis di kedai dan baca bersama isteri dan anak-anak.

Al-Quran dan Hadis membuat hidup keluarga kita tenang..rumah kita menjadi seperti Bintang yang bercahaya disisi pe ghuni langit.

Beli dulang makan bersama-sama satu bekas paling kurang sehari sekali. Suapkan isteri dan anak-anak.. Berkasih sayang semasa makan. Sebuah keluarga selalu bergaduh Nabi saw ajar makan berjemaah. Hati jadi rapat. Makan dan rasa air tangan satu sama lain. Tiada jurang lagi. Rasa satu hati. Satu jiwa. Satu keluarga.

Beli beg, masa bersama keluarga ambil semua hp simpan dalam beg manggakan. Ilmu dan semua cerita boleh bincang bersama keluarga..Allah merahamti keluarga berkasih sayang. Allah beri rezeki melimpah ruah dan rezeki kesihatan dan panjang umur.

Waktu Maghrib beli kain kapan balut tv sampai 9.30 malam. Innalilahi wa inna ilaihi rajiun. Itu masa berharga bersama keluarga. Prime time bukan untuk tv tapi untuk kenal Allah dan Nabi saw kepada ahli keluarga melalui Ta'lim dan Majlis ilmu..

Ayah ajar anak-anak bantu ibunya di rumah. Sama-sama gotong royong. Semua orang soleh rajin dan suka memasak. Suka cuci tandas. Suka khidmat. Suka khidmat anak-anak. Suka mudahkan urusan isteri. Suka dahulukan orang lain atas diri sendiri. Inikan pula isteri kita..sentiasa nak gembirakan suami dan anak-anak.

Malam-malam tidurkan anak-anak dengan cerita-cerita Nabi saw sahabat rhum dan kisah teladan.
Setelah itu belai isteri. Picit dan peluk mereka dan ucap i love u sayang. Terima kasih jadi isteri tercinta. Yang setiap hari berkorban. Seorang ketua tidak akan tidur sehingga memastikan semua ahli keluarganya dengan lena..

Pastikan semua selamat. Baru tidur dan bangun awal berdoa bersyukur atas nikmat keluarga ini. Menangis depan Allah. Adukan kegembiraan, kesedihan, kesusahan kepada Allah. Kemudian kejut isteri dan anak-anak bangun Tahajud paling kuramg 2 rakaat dan Solat subuh awal waktu.

sumber

Suami Asyik Dengan Handphone, Abaikan Keluarga – Isteri Menangis Minta Nasihat Ustaz & Ini Jawapannya Suami Asyik Dengan Handphone, Abaikan Keluarga – Isteri Menangis Minta Nasihat Ustaz & Ini Jawapannya Reviewed by Admin on 8:51:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.