10 Rakyat Kena Culik, Tentera Indonesia Mahu Serang Abu Sayyaf



PETALING JAYA: Indonesia sudah bersedia menghantar tentera dalam operasi menyelamatkan 10 rakyatnya yang diculik kumpulan bersenjata di Filipina, walaupun belum ada perjanjian jelas dengan Manila mengenai kaedah operasi tersebut.

Panglima Tentera Indonesia Jen Gatot Nurmantyo berkata pasukannya bersedia membantu Filipina dan Malaysia menyelamatkan tebusan daripada kumpulan Abu Sayyaf, lapor Jakarta Post.

Gatot berkata Filipina sudah memberi lampu hijau kepada tentera Indonesia memasuki wilayahnya.

Bagaimanapun, perincian operasi akan diputuskan kemudian.

Menteri Pertahanan Indonesia Ryamizard Ryacudu dijangka bertemu rakan sejawatnya dari Filipina dan Malaysia hari ini bagi membincangkan kawalan keselamatan laut bersama.

Kebenaran bagi tentera Indonesia terlibat sama dalam operasi ketenteraan di Filipina juga akan diputuskan pada mesyuarat hari ini, kata Gatot.

Sabtu lepas, tiga warga Indonesia diculik di perairan Sabah ketika menjalankan aktiviti menangkap ikan.

Ia merupakan kejadian kedua dalam tempoh kurang sebulan sejak penculikan tujuh rakyat Indonesia oleh dua kumpulan bersenjata dan dipercayai dikurung di sebuah pulau.


10 Rakyat Kena Culik, Tentera Indonesia Mahu Serang Abu Sayyaf 10 Rakyat Kena Culik, Tentera Indonesia Mahu Serang Abu Sayyaf Reviewed by Admin on 9:16:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.