David Teo Akhirnya Tampil Membuat Permohonan Maaf Secara Terbuka



Tiada Niat Hina Tan Sri P. Ramlee

Ketua Pegawai Eksekutif Metrowealth International Group, MIG, Datuk David Teo tampil membuat permohonan maaf secara terbuka,berhubung kenyataannya terhadap Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee menerusi artikel yang disiarkan satu portal berita pada 7 Julai lalu.

David yang kini berada di Beijing, China, membuat kenyataan secara bertulis itu menerusi laman sesawang rasmi Metrowealth pada Isnin.

Permohonan maaf dibuat kepada ahli keluarga Tan Sri P. Ramlee dan seluruh penggiat seni tanah air, yang terguris hati dengan isu itu.

Tindakan David mengeluarkan kenyataan itu mengundang rasa kurang senang masyarakat.

David dalam temubual tersebut mahu pelakon menjadi jutawan dan tidak hidup melarat sebagaimana pengakhiran kehidupan Tan Sri P. Ramlee.

Artikel tersebut bagaimanapun disifatkan sebagai salah tafsir.

David tidak pernah berniat menghina seniman agung itu, malah menyifatkan Tan Sri P. Ramlee sebagai tiada galang gantinya.

Sumber: FB Berita TV9

David Teo Akhirnya Tampil Membuat Permohonan Maaf Secara Terbuka David Teo Akhirnya Tampil Membuat Permohonan Maaf Secara Terbuka Reviewed by Admin on 3:52:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.