Hari ini nak kongsi formula yang saya guna pakai dalam membuat kajian pasaran harga. Ini salah satu cara yang mudah untuk meletakkan had limitberapa yang patut anda stop bid dalam arena lelong dengan hanya di hujung jari sahaja.
1. Buka website lelongtips.com untuk cari hartanah yang ingin dibida (RP).
2. Dalam masa yang sama buka website mudah.my untuk ketahui pasaran harga subsale sebenar (MV).
3. Bandingkan harga RP vs MV semasa.
4. Jika menyamai cari sahaja unit lain.
5. Jika harga RP dibawah harga MV, anda boleh proceed untuk membida (jangan lupa site visit, periksa tunggakan lain dan dapatkan POS – kalau tak pandai, hire saja ejen).
6. Formula saya ini untuk meletakkan had limit berapa harga patut saya stopmembida:
[ MV – 30% = X ]
X= Harga patut aku menang
Contoh di bawah:
RP: RM 55,000
MV: RM 135,000
Harga patut aku menang: RM 94,500 +/-
Rahsia kenapa 30%? Senang kalau nak loan sekalipun kerana kuota pinjaman saya hanya 70%.
Kalau loan anda boleh 90%, dapatlah cashback 20% tapi dengan syarat kena beli cash dan remortgage semula ikut harga MV.
Boleh juga kalau menggunakan loan tapi leceh kerana perlu refinance semula dan membayar Lock in Period fee.
Cara lain pun ada tapi anda kena pergi menuntut sendiri dengan otai-otai yang dah beli berbelas dan berpuluh-puluh property di luar sana.
*Setiap tahun anda buat macam ini pun dah cukup, setiap tahun beli property, yang penting kena rajinlah buat research.
Disclamier: Untuk lebih ketepatan dan kejituan harga MV, sila check denganvaluer atau boleh melihat melalui transaksi di Brickz. Kaedah di atas hanyalah anggaran kasar sahaja.
SHARE jika memberi manfaat kepada kawan-kawan yang stuck untuk property seterusnya.
Sumber: Thevocket.com
Ini Formula Yang Digunakan Untuk ‘Bid’ Harga Hartanah Lelong
Reviewed by Admin
on
6:54:00 PG
Rating: