Respek! Ini Kenyataan Erdogan Berhubung Dengan Usaha Menggulingkan Kerajaannya



ANKARA - TURKI. Presiden Recep Tayyip Erdogan berkata, beliau sanggup mempertaruhkan nyawanya sendiri bagi mempertahankan Turki daripada tindakan tidak bertanggungjawab segelintir tentera yang cuba melakukan rampasan kuasa ke atas kerajaannya pada Jumaat pagi.

Erdogan berkata, Turki adalah segala-galanya baginya dan untuk itu nyawanya boleh menjadi galang ganti sekiranya 'itu yang diperlukan' untuk memastikan keamaan kembali di Turki.

"Bendera Turki merupakan penghormatan kepada saya, negara saya merupakan penghormatan kepada saya dan saya bersedia untuk mati bagi mempertahankannya," katanya seperti dipetik CNN.

Erdogan berkata, penguatkuasaan undang-undang telah dilaksanakan bagi menangkap pegawai tentera yang bersikap tidak bertanggungjawab bagi menggulingkan kerajaannya.



Respek! Ini Kenyataan Erdogan Berhubung Dengan Usaha Menggulingkan Kerajaannya Respek! Ini Kenyataan Erdogan Berhubung Dengan Usaha Menggulingkan Kerajaannya Reviewed by Admin on 10:35:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.