Zuraida Didakwa Memiliki 9 Kenderaan Mewah, Ini Jawapan Beliau



Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin menyifatkan dakwaan yang mengaitkan beliau sebagai memiliki sembilan kenderaan mewah adalah berniat jahat dan palsu.

Beliau yang juga anggota parlimen Ampang berkata, dakwaan tersebut adalah satu pembohongan semata-mata yang mengatakan salah sebuah kereta yang digunakan milik seorang 'tauke Cina' atau mana-mana syarikat swasta.

"Saya melihat tuduhan-tuduhan tidak bertanggungjawab dan bermotifkan politik ini secara serius dan sedang berunding dengan peguam saya," kata Zuraida dalam kenyataan, hari ini.

Pada 20 Jun yang lalu, pengguna Facebook dengan nama 'Rafi Awang Kechik' mendakwa Zuraida milik lapan kereta mewah dan satu motosikal dengan turut menyenaraikan jenama serta nombor plat dalam laman itu.

Rafi Awang Kechik turut mendakwa bahawa salah sebuah kereta Zuraida yang berjenama Mercedes- Benz didaftarkan atas nama 'syarikat Cina'.

"Gaji anggota parlimen (MP) ialah RM16,000. Adakah anda fikir ia sepadan dengan pendapatan beliau?" kata Rafi Awang Kechik lagi.

Dakwaannya itu turut disebarkan oleh beberapa blog pro-Umno lain yang menuntut jawapan daripada Zuraida.

Mengulas lanjut, Zuraida menegaskan, beliau hanya memiliki tujuh kereta dan sebuah motosikal yang didaftarkan di bawah nama beliau.

Beliau juga bukan pemilik bermanfaat, katanya.

"Ini bukan kenderaan mewah; kebanyakannya model Jepun dan termasuk van serta trak pikap," kata Zuraida lagi.


Zuraida Didakwa Memiliki 9 Kenderaan Mewah, Ini Jawapan Beliau Zuraida Didakwa Memiliki 9 Kenderaan Mewah, Ini Jawapan Beliau Reviewed by Admin on 11:01:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.