Tentera Turki tampak ditempatkan di sejumlah titik strategik di Istanbul.
Satu kumpulan di dalam tentera Turki mengatakan mengambil alih kuasa, Jumaat (15/07) malam.
Tentera ditempatkan di tempat-tempat strategik di Istanbul manakala jet-jet pejuang terbang rendah di ibu kota Ankara.
Kenyataan yang dibacakan di televisyen menyebutkan 'dewan perdamaian' saat ini menjalankan negara dan sudah diterapkan jam malam dan keadaan darurat.
Kenyataan yang disiarkan stesen televisyen NTV berkata, "Kekuasaan negara sudah diambil alih sepenuhnya."
Disebutkan bahawa pernyataan ini berasal dari tentera.
Inilah Kunci Utama Rampasan Kuasa Di Turki Berjaya Dipatahkan
Kenyataan oleh 'kumpulan tentera' yang disiarkan televisyen TRT mengatakan bahawa 'aturan hukum dan nilai-nilai sekular dan demokratik telah dirosakkan oleh pemerintah yang berkuasa saat ini'.
"Akan ada perlembagaan baru," demikian pernyataan dari 'kumpulan tentera'.
Hingga tengah malam waktu tempatan belum diketahui dengan jelas kumpulan tentera ini dan muncul beberapa laporan bahawa sejumlah jeneral kanan ditahan.
Reaksi Presiden Erdogan
CNN Turki mengisytiharkan bahawa Presiden Recep Tayyip Erdogan 'selamat'.
Pada sidang media ini Erdogan mengatakan bahawa aksi ini dilakukan oleh 'struktur selari' dan ia akan mengambil langkah-langkah yang diperlukan untuk mengatasinya.
Di masa lalu, istilah 'struktur selari' ia gunakan untuk merujuk kepada Fethullah Gullen, ulama Turki yang menetap di Amerika Syarikat, yang ia katakan 'menggalakkan rusuhan' di Turki.
Kuasa rakyat
Tentera kelihatan di Dataran Taksim di Istanbul pada Jumaat malam (15/07).
Ia menggesa rakyat untuk turun ke jalan-jalan guna menentang 'pemberontakan tersebut'.
"Saya minta rakyat berkumpul di pelbagai lapangan dan bandar udara. Tak ada yang lebih tinggi daripada kuasa rakyat," kata Erdogan.
Perdana Menteri Binali Yildirim menyebut tindakan ini oleh kumpulan tentera ini 'aksi haram' dan menekankan bahawa ini 'bukan rampasan kuasa'.
Ia menegaskan bahawa kerajaan masih ada dan bertanggungjawab menjalankan negara.
"Siapa saja yang ada di kelompok ini, yang melakukan tindakan menyalahi undang-undang, akan membayar dengan harga yang sangat mahal," kata PM Yildirim.
Sumber di istana presiden kepada pejabat berita Reuters mengatakan bahawa pernyataan tersebut tidak mendapat pengesahan daripada komando tentera Turki.
Ada laporan jeneral paling senior di jajaran tentera Turki, Jeneral Hulusi Akar, termasuk di antara perwira tinggi yang telah dijadikan sebagai tebusan di markas besar tentera.
Tembakan dilaporkan terdengar di markas besar kepolisian di Istanbul dan tank-tank 'berada di luar' bandar udara di bandar ini.
Semua penerbangan 'telah dibatalkan'.
Respon Barat
Sumber di Kesatuan Eropah kepada pejabat berita Reuters mengatakan bahawa aksi tentera ini 'sepertinya sudah diatur rapi oleh satu kumpulan penting di dalam militer, yang tak hanya dilakukan oleh segelintir kolonel'.
Menteri Luar Negeri Amerika Syarikat, John Kerry, yang tengah mengadakan lawatan di Moscow mengatakan dirinya berharap ada perdamaian dan 'kemampanan' di Turki.
Menteri Luar Negeri Inggeris yang baru, Boris Johnson, mengatakan dirinya 'sangat bimbang dengan perkembangan yang berlaku di Turki ketika ini'.
Sumber: BBC Indonesia
Inilah Kunci Utama Rampasan Kuasa Di Turki Berjaya Dipatahkan
Kemaskini daripada facebook Ustaz Ahmad Dusuki
Inilah Kunci Utama Rampasan Kuasa Di Turki Berjaya Dipatahkan
Kemaskini daripada facebook Ustaz Ahmad Dusuki
Tentera Turki Umumkan Ambil Alih Kuasa?
Reviewed by Admin
on
7:08:00 PG
Rating: