Kose, seperti diberitakan pejabat berita Turki, Anadolu News Agency bukanlah anggota tentera aktif. Dia diketahui telah dipecat secara tidak hormat dari ketenteraan Turki pada bulan Mac lalu.
Anadolu melaporkan, Kose dipecat kerana dituduh mempunyai hubungan dengan tokoh anti-kerajaan yang pada masa ini berada di Amerika Syarikat (AS), Fethullah Gulen.
Tidak lama selepas dipecat, Kose mengumumkan pembentukan Dewan Keamanan, yakni kerajaan sementara untuk memulihkan demokrasi dan hak asasi manusia di Turki yang disebut-sebut mula dilucutkan oleh kerajaan Turki di bawah pimpinan Tayyip Erdogan.
Dengan bantuan anggota yang setia kepada dirinya, Kose melancarkan aksi kudeta kelmarin. Dia berjaya merebut stesen televisyen TRT, menduduki jambatan, dan Lapangan Terbang Antarabangsa Ataturk.
Namun, aksi Kose dan pasukannya tidak bertahan lama. Mereka berjaya dipukul mundur oleh pasukan Turki yang setia kepada Erdogan, setelah sebelumnya sempat terjadi pertempuran antara dua kubu tersebut di Ankara.
Sumber: sindonews.com
Inilah Wajah Dalang Disebalik Cubaan Rampasan Kuasa Di Turki
Reviewed by Admin
on
7:19:00 PG
Rating: