10 Tip Beli Rumah Pertama Pada Usia 25 Tahun



“AMARAN: Sesuai untuk bacaan individu berusia 25 tahun ke bawah sahaja. Dan anda mestilah seorang yang rajin membaca kerana artikel ini agak panjang. Haha.”

Dulu-dulu saya ingatkan orang hanya mula beli rumah pada umur 30 tahun. Iyelah, pada umur tu, kononnya seseorang tu mesti dah matang, ada kerjaya yang mantap, pendapatan yang stabil dan di kelilingi kawan-kawan yang berjawatan besar.

Tapi lepas masuk sendiri dalam pelaburan hartanah ni, barulah saya tersedar bahawa itu semua hanyalah anggapan saya je. Ramai sebenarnya yang dah beli rumah sebelum usia menjengah 25 tahun. Termasuklah diri saya sendiri. Alhamdulillah Allah permudahkan.

Katakanlah, umur 17 tahun habis SPM, umur 18 tahun masuk matrikulasi, umur 19 tahun masuk universiti, umur 23 atau 24 tahun mula bekerja. Logik kan kalau dia mampu beli rumah pertama pada usia 25 tahun. Kan kan?

Jadi, untuk manfaat bersama, saya ingin kongsikan:

10 Tip Beli Rumah Pertama Pada Usia 25 Tahun

1. Wujudkan Kesedaran

Kesedaran pemilikan hartanah sepatutnya mula sejak tahun pertama di universiti. Lebih awal daripada tu adalah lebih baik. Kesedaran adalah kunci utama. Kalau tak ada kesedaran, umur dah 50 tahun, hampir-hampir nak pencen pun belum tentu ada walau sebiji rumah. Yang ada, rumah kuarters kerajaan je. Kesian kat anak dan cucu nanti. Mahu macam tu?

2. Duit Simpanan

Simpan duit deposit rumah sebanyak mungkin sejak di universiti. Buat part timemengajar tuisyen ke, jual tudung ke, trading saham ke, sekatilah. PTPTN dan biasiswa jangan dihabiskan beli iPhone. Slip gaji pun belum ada, dah menggatal nak pakai fon mahal. Haha. Cari jalan buat duit RM550 setiap bulan untuk mohon ASB Financing RM100,000. Dengan teknik tertentu, boleh dapat hampir RM56,000 selepas 5 tahun. Jual tudung 50 helai pun dah boleh dapat RM550 sebulan. Tapi kalau tak mampu RM100,000 buatlah mana-mana yang mampu. RM50,000 ke kan.

3. Buat ASB Financing

Salah satu cara untuk beranakkan duit simpanan dengan cepat adalah dengan ASB Financing. Setahun pertama bayar ansuran bulanan seperti biasa. Tahun berikutnya rolling menggunakan dividen. Jadi tak perlu dah mohon kad kredit jika hanya untuk mewujudkan rekod kredit dalam CCRIS. Jimat masa. Boleh follow FB sifu-sifu ASB. Atau boleh tempah ebook murah yang saya rekemenkan kelmarin tu. Murah, tapi boleh dapat ilmu lengkap ASB, kewangan dan hartanah sekali.

4. Ilmu Hartanah dan Kewangan

Carilah ilmu kewangan dan hartanah secepat mungkin. Kalau anda bijak, memang boleh cepat tangkap. Kalau tak, sampai ke sudahlah tak yakin nak beli rumah. Lagi cepat kita belajar, lagi banyak ilmu kita miliki semasa nak beli rumah bila dapat kerja nanti. Selepas dapat ilmu, pasti datangnya keyakinan. Ilmu tersebut boleh didapati dengan menghadiri seminar, buku, ebook atau boleh follow FB sifu-sifu berkaitan yang langsung tak lokek ilmu.

5. Networking dan Support Group

Kalau nak tanya apa-apa, senang. Boleh tanya dan terus dapat jawapan. Macam saya, saya ada group WhatsApp MISI MENCARI RUMAH dan STALKERHARTANAH. Daripada dua group ni, saya dapat info hartanah dan networking kaw-kaw daripada sifu-sifu dan otai-otai. Walaupun anda masih belum bersedia untuk beli rumah, tapi bila dah diberi peluang masuk group tu, binalah ukhwah semantap-mantapnya dengan ahli dalam group tu. Bukannya diam, sunyi, sepi. Bila kena kick keluar, tahu pula mengggelabah. Eh!

6. Cari Kerja Secepat Mungkin

Masuk saja semester terakhir, terus mulakan job hunting. Nak tunggu apa lagi? Rancang nak melancong dengan coursemate ke Krabi Island ye? Lupakanlah niat tu. Orang bijak, sibuk berebut-rebut nak cari kerja cepat, kau pula berebut nakupload gambar selfie dalam Instagram. Terpulanglah. Orang kata, tak payahlah nak nasihat sangat anak-anak muda sekarang ni, tunggu dia cari kita dan tanya, barulah kita jawab dan bantu. Macam tua sangat pulak saya ni. Padahal lebih kurang sebaya korang je.

7. Cari Kerja Berstatus Tetap

Cari kerja yang berstatus tetap. Kalau kerja kontrak berjangka masa pendek, bank susah nak beri pembiayaan perumahan. Anda dikategorikan sebagai pemohon berisiko tinggi. Tapi, janganlah memilih sangat. Kalau dah memang dapat kerja kontrak, terima sahaja. Mungkin rezeki anda memang di situ. Kerja rajin-rajin kerja supaya cepat ditawarkan posisi tetap. Jangan asyik nak mengular je.

8. Jangan Beli Kereta Dulu

Tak payah nak kelabu mata sangatlah bila tengok rakan sekerja anda pakai Honda City. Padahal gaji sama macam anda sebagai fresh graduate. Mungkin dia belum mengerti maksud sebenar aset dan liabiliti. Dik, harga kereta boleh tunggu kita. Honda City baru keluaran 2020 nanti harga lebih kurang je dengan Honda City baru tahun ni punya. Tapi harga rumah RM200,000 tahun ni, takkan tunggu kamu dik. Tahun 2020 nanti, entah-entah dah naik menghampiri RM300,000.

9. Beli Rumah Ikut Kemampuan

Kalau gaji anda bermula dengan RM2,500, dapat beli rumah pertama harga RM150,000 pun dah cukup bagus. Dengan harga tu, kalau di Selangor dan pinggiran Kuala Lumpur mungkin boleh dapat flat ataupun apartmen medium cost. Belilah rumah sebegini di pasaran subsale. Ia pasti permulaan yang bagus untuk anda pergi lebih jauh dalam pelaburan hartanah.

10. Jaga Hubungan Dengan Allah

Sepanjang usaha kita untuk menggapai kaya dunia, jangan sampai terabai tanggungjawab kita sebagai Muslim. Sibuk baca ebook kewangan dan hartanah pakai fon, sampai tak sempat nak baca ‘ebook’ Al-Quran. Solat dhuha dijadikan amalan. Solat dhuha bukan untuk orang bisnes dan pelabur hartanah sahaja, tapi amalan yang bagus untuk setiap Muslim. Berdoalah supaya Allah beri kita rezeki dan umur yang diberkati. Harta dunia hanya di tangan, tapi bukan di hati. Dalam hati kita biar ada Allah.
Jadikannya Realiti.

Jadi, kepada adik-adik yang masih dalam pengajian di universiti, maktab, matrikulasi mahupun yang masih di sekolah menengah, semoga anda berjaya memiliki rumah pertama sebelum usia 25 tahun.


Jomlah sama-sama jadi HIPSTER dalam bidang hartanah. Tak payah nak acah-acah HIPSTER sangat bab-bab makan candle light dinner, jubah mahal gila, kereta import, motor berkuasa tinggi, tudung eksklusif dan gaya hidup metroseksual korang tu. Beli je rumah banyak-banyak di awal usia, dah tentu tentu korang adalah HIPSTER, RARE, MELETOP, KEBABOOM!!

Ingat pesan abang ni sampai bila-bila ya.

Ada yang dah beli rumah sebelum usia 25 tahun sedang membaca artikel ni? Mengaku cepat. Bagi inspirasi sikit kepada adik-adik kita. Adik-adik yang dah baca artikel ni pula, ada yang teringin dan yakin untuk beli rumah pertama sebelum usia 25 tahun? Tolong ramai-ramai jerit ‘FIRST HOUSE BEFORE 25!!!’

Terima kasih sebab sudi jerit. Haha.

Disclaimer: Ini adalah tips secara umum. Kalau rasa sesuai, silalah ikut. Kalau rasa tak sesuai, abaikan sahaja dan jangan maki saya.

Tekan SHARE kalau anda rasa artikel ni bermanfaat. Mungkin tidak sesuai kepada anda tapi bermanfaat untuk adik-adik anda. Ilmu yang bermanfaat tidak akan berkurang jika disebarkan. Malah akan mendapat pahala yang berpanjangan.

Sumber: Thevocket.com

10 Tip Beli Rumah Pertama Pada Usia 25 Tahun 10 Tip Beli Rumah Pertama Pada Usia 25 Tahun Reviewed by Admin on 10:48:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.