Inilah Hukuman Yang Akan Dikenakan Kepada Pembelot Yang Cuba Lakukan Rampasan Kuasa



Erdogan ketika memberi ucapan di hadapan penyokongnya di Istanbul Turki.

ANKARA - TURKI. Presiden Turki Tayyip Erdogan memberitahu orang ramai bahawa pembelot yang melakukan cubaan rampasan kuasa terhadap negara itu, mungkin akan dikenakan hukuman mati.

Erdogan berkata, perkara itu terlebih dahulu akan dibincangkan olehnya dan ahli parlimen di persidangan parlimen nanti.

Beliau yang kelihatan tenang dan tersenyum di hadapan penyokongnya di Istanbul berkata, cubaan rampasan kuasa itu dilakukan oleh minoriti pihak dalam tentera.

"Tentera adalah milik kita, saya ketua komander," katanya petik Reuters.

Pada jumaat lalu, segelintir pihak dalam tentera telah melakukan cubaan rampasan kuasa bermula jam 8 malam (1 pagi waktu Malaysia), di mana lebih 190 orang dilaporkan terbunuh dan lebih 1,000 orang cedera, sementara lebih 2,800 anggota tentera ditangkap pihak berkuasa Turki.



Inilah Hukuman Yang Akan Dikenakan Kepada Pembelot Yang Cuba Lakukan Rampasan Kuasa Inilah Hukuman Yang Akan Dikenakan Kepada Pembelot Yang Cuba Lakukan Rampasan Kuasa Reviewed by Admin on 10:19:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.