Budak Ini Pernah Viral Kerana Hisap Rokok 40 Batang Sehari, Tapi Lihat Foto Terkini Ardi Sangat Mengejutkan



Adakah anda masih ingat dengan kanak-kanak lelaki kecil yang ketagihan menghisap 40 batang rokok dalam sehari? Ya, namanya Ardi Rizal, ketika itu usianya baru mencecah dua tahun apabila menjadi tumpuan dan perhatian dunia dengan kelakuan paranormal tersebut.

Ardi sudah mula belajar merokok dengan bapanya ketika berusia 18 bulan lagi. Bila tidak diberi merokok, Ardi terus marah hingga menghantukkan kepalanya di tembok. Kisah Ardi ini mendapat liputan meluas dan hangat oleh media yang nyata terkejut dengan tabiatnya itu.

Untuk menghentikan tabiat buruk Ardi, beberapa organisasi kanak-kanak cuba membantu kanak-kanak tersebut berhenti merokok dengan mengamalkan cara hidup hidup sihat.


Akhirnya ketagihan merokok luar biasa Ardi dapat diselesaikan, akan tetapi akibat daripada perubahan tersebut tiba-tiba selera makan Ardi mula meningkat menyebabkan tubuh badan Ardi menjadi obesiti.

Sejak saat itu, Ardi menjalani pelbagai rawatan terapi bagi mengamalkan cara hidup sihat. Namun kini Ardi sudah berupaya untuk berhenti daripada tabiat luar biasa terhadap ketagihan rokok dan berjaya menurunkan berat badannya.


Budak Ini Pernah Viral Kerana Hisap Rokok 40 Batang Sehari, Tapi Lihat Foto Terkini Ardi Sangat Mengejutkan Budak Ini Pernah Viral Kerana Hisap Rokok 40 Batang Sehari, Tapi Lihat Foto Terkini Ardi Sangat Mengejutkan Reviewed by Admin on 11:18:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.