Reaksi Mengharukan Media Sosial Terhadap Kecederaan Ronaldo



Walaupun skrip final Euro 2016 tidak berjalan sepertimana diharapkan Ronaldo, yang terpaksa dikeluarkan seawal minit ke-24 ekoran kecederaan, namun melihat impiannya masih mampu dilunaskan dengan bantuan rakan sepasukan sudah cukup bawa makna besar.

Turun dengan misi mengubat duka kekalahan di final Euro 2004 kepada Greece, Ronaldo meninggalkan padang dengan linangan air mata selepas dikasari Dimitri Payet di Stade de France.

Pemain berusia 31 tahun itu cuba kembali ke padang namun penjaring terbanyak Portugal itu tidak mampu meneruskan perlawanan.

Bagaimanapun, jaringan Eder pada minit ke-109 memadam segala kedukaan itu.

Melihat kehampaan Ronaldo yang terpaksa dikeluarkan, beberapa rakan pemain lain menyuarakan sokongan terhadap pemain itu.




Reaksi Mengharukan Media Sosial Terhadap Kecederaan Ronaldo Reaksi Mengharukan Media Sosial Terhadap Kecederaan Ronaldo Reviewed by Admin on 10:43:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.