Makin Rapat, Mira Filzah Dedah Apa Yang Beliau Rasa Tentang Zizan



KUALA LUMPUR, 9 Jul — Hubungan yang semakin rapat dengan Zizan Razak membuatkan Mira Filzah kini mula sedar pelakon filem Polis Evo itu bukanlah lelaki buaya darat.

Mira, nama popular Nur Amirah Filzah Badiozaman, berkata selepas mengenali dengan lebih rapat, Zizan sebenarnya seorang yang komited dengan kerja.

“Tidak kenal maka tidak cinta. Selepas kami rapat, persepsi saya terhadap Zizan berubah 100 peratus. Dia tidak seperti yang digambarkan.

“Setakat ini saya selesa berkawan rapat dengan Zizan. Bekerja dengannya pun satu pengalaman yang menyeronokkan.

“Dia bersungguh-sungguh, banyak memberi idea dan tidak kedekut ilmu. Langsung tiada perangai diva,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian.


Pelakon drama Cinta Si Wedding Planner berkata walaupun tugasnya mengacarakan Anugerah Bintang Popular bersama Zizan sudah lama selesai, namun kumpulan Whatsapp acara itu masih diwujudkan.

Katanya, kumpulan yang turut disertai AG dan Haiza itu menjadi medan mereka berempat bergurau dan usik mengusik.

“Kami sudah seperti adik beradik. Saya senang dengan Zizan kerana perangainya yang gila-gila dan sentiasa menceriakan suasana.

“Sebagai teman, Zizan seorang yang mengambil berat dan suka membantu,” dia dilaporkan berkata.

sumber

Makin Rapat, Mira Filzah Dedah Apa Yang Beliau Rasa Tentang Zizan Makin Rapat, Mira Filzah Dedah Apa Yang Beliau Rasa Tentang Zizan Reviewed by Admin on 8:08:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.