Pelakon “Gila Baby” itu sebaliknya berkata beliau diperangkap oleh kenalannya yang tersenarai dalam suspek polis.
“Saya diperangkap, dikambinghitamkan oleh sebuah syarikat pelaburan yang hanya ingin menggunakan nama saya,” katanya seperti dilapor portal Astro Awani malam ini.
Adlin, 44, berkata beliau hanya terlibat sebagai penceramah jemputan dalam program berbentuk sistem pemasaran pelbagai peringkat (MLM) syarikat terbabit.
“Saya akui memang kenal dengan kebanyakan nama yang disenarai sebagai suspek kerana sebelum ini saya sering hadir ke majlis yang dianjurkan oleh pihak berkenaan.
“Cuma saya tidak tahu kenapa nama saya dikaitkan dalam kes ini,” katanya lagi dalam satu sidang media di sini.
“Sebab itu saya tidak mempunyai sebarang masalah ketika dipanggil polis untuk membantu siasatan.”
Anak pelakon terkenal AR Tompel itu juga menafikan laporan media yang menyebut beliau direman selama empat hari, sebaliknya dilepaskan dalam tempoh 24 jam dengan jaminan polis.
Khamis lalu Adlin dilaporkan ditahan polis di rumahnya di Cyberjaya kira-kira pukul 2 petang bagi membantu siasatan.
Turut ditahan beberapa individu lain berpangkat Datuk, kata Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman.
Adlin bertekad memberi kerjasama sepenuhnya kepada polis “bagi memastikan sindiket seperti ini dapat dihapuskan”, lapor mStar Online.
Kes Tipu Hartanah, Pelakon Adlin Aman Akhirnya Tampil Beri Penjelasan Sebenar
Reviewed by Admin
on
7:03:00 PG
Rating: