Gambar Toyota Calya Bocor – ‘Adik’ Kepada Avanza Yang Menggunakan Platform Axia



Menjelang Ogos nanti, Toyota Indonesia akan melancarkan model MPV tujuh tempat duduk yang dinamakan sebagai Toyota Calya. Walaubagaimanapun, gambarnya sudah disebarkan di internet oleh para penjual untuk mengambil tempahan awal.


Toyota Calya adalah sebuah MPV yang dikembangkan daripada model Toyota Agya/Daihatsu Ayla, yang juga dikenali sebagai Perodua Axia di Malaysia.

Daripada apa yang dinyatakan oleh penjual itu, Calya bermaksud:

(C) = Comfort & Complete Interior
(A) = Agresif & Modern Design
(L) = Lowfuel Consumption & Good Performance
(Y ) = Your Safety is our Priority
(A) = Affordable Price


Berikut pula adalah spesifikasi lain yang didadapati dari penjual tersebut:

  • enjin 1,200cc 4 silinder 16 Valve DOHC Dual VVTi (88ps @ 6,000rpm)
  • kelegaan dari tanah 180mm
  • rim aloi 14 inci
  • pengesan undur
  • bahagian dalam dua tona warna
  • audio 2Din CD, MP3, Aux, Usb
  • Multi Information Display dengan ECO Indicator
  • ABS & BA, Dual Airbags, Isofix, Immobilizer, Asian NCAP 4 bintang
  • suspensi belakang Semi Independent Torsion Axle Beam, stabilizer untuk varian G

Dimensi

Jarak roda : 2.525mm
Panjang : 4.070mm
Lebar : 1.655mm
Tinggi : 1.600mm

Jangkaan harga

E MT Std – 129.5 juta Rupiah (RM39,193)
E MT – 132.5 Rupiah (RM40,101)
E AT – 144.5 Rupiah (RM43,733)
G MT – 138 juta Rupiah (RM41,766)
G AT – 149 juta Rupiah (RM45,095)

Harga ini didapati hasil daripada pengurangan cukai kerana Toyota Calya dikategorikan sebagai kenderaan Low Cost Green Car (LCGC).




Sumber: Careta.my

Gambar Toyota Calya Bocor – ‘Adik’ Kepada Avanza Yang Menggunakan Platform Axia Gambar Toyota Calya Bocor – ‘Adik’ Kepada Avanza Yang Menggunakan Platform Axia Reviewed by Admin on 5:08:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.