Gempa bumi melanda sekitar jam 4 pagi Sabtu (waktu tempatan) menjelang Tahun Baru Cina, dengan hampir semua yang maut ditemui dalam bangunan Wei Guan Golden Dragon yang runtuh. Dua lagi mati di lokasi lain di bandar berkenaan.
Usaha menyelamat yang kini semakin pudar untuk menemui mangsa yang terselamat,
kebanyakannya memfokuskan pencarian di runtuhan bangunan 17 tingkat itu, tempat lebih 100 orang disenaraikan hilang dan disyaki tertimbus jauh di bawah puing.
Pertikaian timbul terhadap kualiti pembinaan bangunan itu khususnya bahan yang digunakan.
Timbalan setiausaha agung kerajaan tempatan Tainan, Liu Shih-chung berkata, waran tangkap dikeluarkan terhadap pemaju bangunan, Lin Ming-hui dan dua yang lain.
Saksi berkata, mereka melihat bahagian dalam dinding bangunan dimuatkan tin minyak masak dipercayai digunakan sebagai sebahagian daripada bahan binaan.
Media Taiwan turut melaporkan melihat polistirena dicampurkan dengan konkrit dalam tiang bangunan itu.
Bagaimanapun, pada peringkat ini pakar mendakwa ia bukan punca bangunan itu runtuh.
Bangunan Wei Guan Golden Dragon yang terletak di Yong Kang merangkumi 200 unit rumah, antara 10 yang runtuh dalam kejadian itu.
Seorang juruteknik bernama Tai Yun Fa mendakwa penggunaan tin minyak berkenaan tidak membawa kesan negatif.
Malah, katanya ketika pembinaan bangunan itu pada awal 1990-an, tin minyak masak sering digunakan untuk melebarkan tiang tanpa menjejaskan berat bangunan.
Ketua Agensi Pembinaan dan Perancangan Kementerian Dalam Negeri, Hsu Wun-long berkata, bangunan terbabit siap dibina pada 1994 oleh syarikat yang kini tidak beroperasi.
Sebelum gempa bumi itu, bangunan terbabit tidak disenaraikan sebagai struktur berbahaya. - Reuters
Bangunan 17 Tingkat 'Bertiangkan' Tin Minyak
Reviewed by Admin
on
11:20:00 PTG
Rating: