Lelaki Ini Jadi Jutawan Selepas Membeli Kontena Berharga Rm320, Lihat Isi Kontena Yang Sangat Mengejutkan Ini
Lelaki yang enggan dikenali itu telah membeli satu kontena misteri di Long Island pada 1989 tanpa menyedari ia sebenarnya berisi kereta yang dianggap sebagai satu daripada kenderaan legenda dalam dunia perfileman iaitu kereta kapal selam Lotus Esprit.
Kenderaan itu pernah digunakan dalam filem James Bond, The Spy Who Loved Me pada 1977 dan kini dianggarkan bernilai AS$1 juta (RM3.2 juta).
Pada awalnya, dia menyangka kereta itu tidak berharga kerana tidak mempunyai tayar dan kemik di bahagian bumbung, tetapi ketika dalam perjalanan pulang membawa kereta itu dibelakang traknya, seorang pemandu lain memberitahunya tentang nilai kereta itu.
Lelaki itu turut mengambil keputusan melelong kenderaan tersebut menerusi dewan lelongan RM Auctions di London pada 9 September ini selepas pakar James Bond, Doug Redenius mengesahkan keasliannya.- AGENSI
Lelaki Ini Jadi Jutawan Selepas Membeli Kontena Berharga Rm320, Lihat Isi Kontena Yang Sangat Mengejutkan Ini
Reviewed by Admin
on
8:47:00 PG
Rating: