Tutup Komputer Je Tapi Teman Lelaki Tendang Tumbuk Dan Hempas Teman Wanitanya Ke Lantai



SEORANG pemain permainan video popular League of Legends (LoL) dirakam membelasah teman wanitanya hanya kerana wanita berkenaan menutup komputernya.

Menurut People's Daily Online, kejadian tersebut berlaku di sebuah kafe siber di Guangzhou, China.

Melalui sebuah rakaman video yang viral sejak semalam, lelaki berkenaan dilihat menendang dan menumbuk teman wanitanya tanpa belas kasihan.

Wanita tersebut juga diangkat oleh lelaki tersebut sebelum dihempas ke lantai.

Klip video 30 saat tersebut yang tersebar di laman Facebook dan Youtube mendapat kecaman peminat permainan video LoL.

"Kalaupun wanita tu bersalah, tak perlu bertindak sedemikian rupa!" kata Zhen Hou di laman Weibo.

"Lelaki kejam! Kenapa perempuan tu boleh tahan dengan perangai dia?" kata Irene di laman Youtube.

Di akhir video tersebut, lelaki berkenaan dilihat menyambung kembali permainan manakala mangsa menangis teresak-esak di atas lantai. - SH


Tutup Komputer Je Tapi Teman Lelaki Tendang Tumbuk Dan Hempas Teman Wanitanya Ke Lantai Tutup Komputer Je Tapi Teman Lelaki Tendang Tumbuk Dan Hempas Teman Wanitanya Ke Lantai Reviewed by Admin on 10:47:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.