[Video] Doktor Terkejut Dapati Semut Bersarang Dalam Telinga Kanak-Kanak Ini



GUJARAT: Pakar perubatan di India terkejut dengan penemuan sarang semut di dalam telinga seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun, lapor media tempatan.

Shreya Darji dari Deesam, Gujarat berkata semut mula merayap masuk ke dalam telinganya pada Ogos tahun lepas, dan kini sekitar 10 ekor semut merayap keluar, setiap hari.

''Kami telah menjalankan pelbagai pemeriksaan pada kanak-kanak itu termasuk imbasan MRI dan CT tetapi tiada ada mana-mana bahagian telinga yang terjejas," kata Dr Jawahar Talsania, pakar bedah telinga, hidung dan tekak

Menurut doktor, Sherya tidak mengalami kesakitan walaupun semut-semut berkenaan menggigitnya. Bukan itu sahaja, gegendang telinga kanak-kanak itu dilihat berada dalam keadaan yang baik.

Difahamkan, Dr Jawahar berusaha untuk membuang semut-semut berkenaan tetapi gagal kerana ia terus membiak, namun beliau menafikan semut-semut itu berasal dari telur kerana tiada semut ratu yang dijumpai.

Bapa Shreya, Sanjay berkata, dia bimbang dengan keadaan anakya yang semakin serius.

'Saya telah melakukan apa yang saya boleh.

'Saya telah membawa dia kepada pakar-pakar perubatan yang terbaik tetapi mereka masih gagal untuk menyelesaikan masalah tersebut.




[Video] Doktor Terkejut Dapati Semut Bersarang Dalam Telinga Kanak-Kanak Ini [Video] Doktor Terkejut Dapati Semut Bersarang Dalam Telinga Kanak-Kanak Ini Reviewed by Admin on 6:00:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.