Walau bagaimanapun, isteri kepada pemimpin nombor satu negara ini berkata, beliau reda dengan ketentuan takdir itu.
"Sudah pasti saya mahu menjadi orang yang berjaya dalam bidang yang diceburi ketika itu. Ibu bapa sokong saya belajar sebaik mungkin, setinggi-tinggi yang boleh dan tentunya mahu melihat anak perempuannya ini jadi yang berjaya.
"Tapi apabila saya kahwin dengan Datuk Seri Najib banyak yang saya tak dapat buat dan tidak mungkin saya buat. Sebagai isteri pemimpin negara, saya redalah. Bak kata orang putih 'destiny'...ditakdirkan berkahwin dgn pemimpin negara," katanya ketika menjadi tetamu program bual bicara 'Langit Biru' di Bernama Radio, hari ini.
Langit Biru merupakan program 13 episod terbitan Biro Tatanegara (BTN) dan Bernama Radio demi menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia.
Melalui bual bicara selama 30 minit itu, Rosmah turut mengingatkan generasi sekarang agar tidak mensia-siakan keselesaan yang dinikmati hari ini.
"Cara kita zahirkan semangat patriotisme memang berlainan jika banding zaman dulu dengan sekarang. Budak-budak sekarang sedar-sedar sahaja, semuanya sudah aman dan tenteram, tapi kita tak boleh 'take it for granted'.
"Alhamdulillah Malaysia sekarang aman, damai dan berjaya. Inilah yang sepatutnya kita kena jaga. Kita sayang dan cintai negara kita sebab bila sayang, kita akan jaga negara kita dengan baik," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, semangat cintakan negara itu perlu dipupuk kepada anak-anak sejak kecil supaya dia membesar sebagai insan yang sayangkan tanah air.
sumber
Terpaksa Lupakan Cita-Cita Kerana Jadi Isteri Pemimpin
Reviewed by Admin
on
7:00:00 PG
Rating: