Tagline yang diketengahkan oleh jutawan kosmetik terkenal, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman untuk mempromosi produk keluaran syarikatnya iaitu D'herbs mungkin menjengkelkan sesetengah pihak, tetapi baginya itu hanya langkah promosi.
Datuk Aliff yang juga dikenali dengan nama Abang terlajak laris itu kini dilaporkan sudah 'serik' dengan kaedah itu di mana dia sudah tidak mahu menggunakan kaedah berkenaan demi memperbaharui jenamanya dalam ingatan umum.
Alasan beliau ialah kerana faktor usia yang semakin meningkat.
“Dari segi perniagaan, saya tidak lagi mahu tampil dengan gimik seperti dahulu kerana umur yang hampir mencecah 30-an.
“Sebaliknya, saya mahu tampil dengan gaya macho dan berpakaian korporat,” katanya kepada Malaysiakini.
Aliff berkata demikian ketika sidang media pelantikan penyanyi dangdut Amelina sebagai duta produk syarikatnya di sebuah hotel di Petaling Jaya semalam.
Menurut Datuk Aliff, pada mulanya gimik tersebut memang menimbulkan keseronokan tetapi lama-kelamaan ianya akan mengundang malu.
Ini kerana sebagai seorang suami yang sudah mempunyai anak gimik seperti itu dianggap tidak sesuai, jika sebelum ini dia kelihatan seperti kanak-kanak, “gedik dan gelenyar” di hadapan kaca televisyen, semuanya dilakukan kerana bersebab.
“Sebenarnya di sebalik aksi seperti itu, saya sering memikirkan untuk melancarkan strategi baru di pasaran.
“Saya mahu nama produk saya menjadi gah di liga perniagaan.
“Saya tidak mahu hanya nampak seperti tin kosong, banyak cakap tetapi tidak laku,”katanya.
Abang Terlajak Laris Sudah Serik Bergelagat “Gedik Dan Gelenyar” Untuk Promosi Produk
Reviewed by Admin
on
7:46:00 PG
Rating: