Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata pihaknya memandang serius aduan ramai pihak berhubung operasi syarikat penerbangan itu yang tidak memberangsangkan.
Malah, katanya, tindakan syarikat penerbangan itu mengemukakan tiket ditulis tangan boleh menyebabkan ancaman keselamatan dan menyifatkannya sebagai sesuatu yang tidah harus berlaku.
"Kementerian memandang serius semua aduan terhadap operasi Rayani Air dan sekiranya menerima aduan berterusan, kami akan merujuk mereka kepada Suruhanjaya Penerbangan Malaysia yang baru ditubuhkan.
"Setiap syarikat penerbangan perlu mencapai sekurang-kurangnya 80 peratus bagi masa ketibaan sebagai indeks prestasi utama (KPI) tahunan dan jika gagal, mereka akan diberi amaran.
"Kami pernah memberi amaran pertama kepada Rayani Air ketika kes cermin kokpit pesawat rosak bulan lalu. Kami akan memantau mereka dengan lebih rapi dan jika aduan terus meningkat, kami pasti akan ambil tindakan," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kelemahan operasi Rayani Air, khususnya membabitkan kekerapan penundaan dan pembatalan penerbangan yang menjadi viral di laman sosial.
Antara yang menjadi viral ialah gambar tiket syarikat penerbangan itu yang ditulis dengan tangan.
Isu itu turut mendapat perhatian Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, yang turut mempertikaikan operasi Rayani Air yang kononnya patuh syariah namun membatalkan penerbangan sesuka hati sehingga menyusahkan pengguna.
Pada 9 Februari lalu, dua penerbangan Rayani Air dari Langkawi ke Kuala Lumpur pada jam 11.10 pagi dan 6.20 petang, Selasa lalu dibatalkan berikutan isu cermin kokpit pesawat Boeing 737 retak, menyebabkan lebih 200 penumpang terkandas.
Rayani Air Berdepan Tindakan Digantung Operasi Sekiranya...
Reviewed by Admin
on
10:31:00 PTG
Rating: