Lelaki Terkejut Isterinya Yang Maut Dalam Kemalangan 2 Tahun Lalu Rupanya Masih Hidup



RABAT - MAGHRIBI. Seorang suami yang percaya isterinya telah meninggal dunia terkejut selepas mendapati wanita itu masih hidup dan perkara itu diketahuinya melalui satu program televisyen.

Abragh Mohamed dari Al Haouz, Maghribi menyangka dia telah kehilangan isterinya yang terlibat dalam kemalangan kereta dua tahu lalu.

Wanita yang identitinya tidak didedahkan dibawa ke Hospital Ibn Rochd, Casablanca di mana doktor mengesahkan isterinya tidak dapat hidup lama dan keluarga perlu membayar kos perubatan.

Abragh yang berada di kampungnya bergegas pulang dan sekembalinya dia diberitahu isterinya telah meninggal dunia.

"Saya menerima tubuh isterinya yang telah dikafankan dan dimasukkan ke dalam keranda," katanya memberitahu Nuevo Dia.

Dia berkata, isterinya itu dikebumikan di kampung halamannya pada tahun 2014.

Namun selepas dua tahun dia terkejut selepas salah seorang rakannya berkata, isterinya itu muncul dalam sebuah program televisyen merayu mencari suaminya yang terpisah.

Program Televisyen, Al Mokhtafun adalah sebuah program yang menyatukan kembali keluarga yang hilang.

" Saya tidak tahu jasad yang dikebumikan adalah orang yang berbeza dan isterinya masih hidup," kata Abragh dipetik The Times of India.

Bagaimanapun keadaan sebenar kepada apa yang berlaku selepas kemalangan belum diketahui.

Kisah perpisahan lelaki ini mencetuskan kekecohan dan perdebatan di media sosial di Maghribi, malah ada yang menganggap lelaki berkenaan kehilangan ingatan.

Perubatan atau pentadbiran telah dipersalahkan kerana kesilapan itu, lapor Nuevo Dia.


sumber

Lelaki Terkejut Isterinya Yang Maut Dalam Kemalangan 2 Tahun Lalu Rupanya Masih Hidup Lelaki Terkejut Isterinya Yang Maut Dalam Kemalangan 2 Tahun Lalu Rupanya Masih Hidup Reviewed by Admin on 6:49:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.