Disebabkan saya ramai followers baru, ramai yang masih tidak mengetahui kisah kepayahan saya sebelum berjaya. Mungkin ramai yang cuma mengenali saya di saat saya sudah dikatakan bolehlah senang juga.
Begini, saya berasal daripada Felda Lakum, Lanchang, Pahang. Saya lahir pada 19 Mei 1994, bulan Mei ini genapkanlah saya berusia 22 tahun.
Dulu saya bersekolah di SK Lakum. Keputusan UPSR semua dapat A. Jadi saya melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Sains Sultan Hj Ahmad Shah (SEMSAS). Tetapi saya berada di SEMSAS hanya untuk dua minggu sahaja sebab saya tidak boleh hidup tanpa mak dan ayah. Tak biasa berjauhan dengan mereka walaupun saya anak kedua bongsu daripada 6 adik beradik.
Kemudian saya melanjutkan pelajaran ke SMK Datuk Bahaman, Lanchang. Keputusan PMR, saya dapat 8A juga, jadi saya mendapat tawaran ke Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kuantan (SBPIK).
Bila berpindah ke sini, kos memang tinggi dan bermacam-macam benda yang perlu di bayar. Dulu, ayah saya hanya menggunakan kereta Perodua Kancil untuk menghantar saya ke sekolah di Kuantan ini. Saya tidak seperti anak orang lain yang setiap minggu keluar ke bandar. Ada yang tiap-tiap minggu mak ayah mereka datang hantar makanan dan KFC.
"Sedapnya masa tu,"
Disebabkan desakan nak juga hidup senang sikit seperti kawan-kawan lain, di samping tidak perlu meminta duit dari mak dan ayah, saya mula membuat perniagaan dari asrama. Dari asrama? Ya, dari asrama.
Saya mulakan perniagaan tanpa modal dengan menjadi dropship produk kecantikan seperti suntikan pemutihan dan juga pil jerawat. Satu kotak produk dapat margin tinggi juga RM50-RM200.
Tapi macam tak percaya bila mana ramai juga kakak-kakak, makcik-makcik yang beli produk itu walaupun harganya mahal. Mungkin sebab itu tak banyak sangat persaingan produk seperti hari ini dan juga penjualnya juga tidak ramai pada masa itu.
Saya berniaga hanya menggunakan Facebook sahaja pada ketika itu. Setiap hujung minggu, saya akan keluar outing atau pinjam laptop cikgu. Masa itu di koperasi sekolah, ada cikgu yang sediakan sewaan melayari internet. RM2 untuk sejam. Jadi saya menggunakan peluang itu untuk menjana pendapatan sampingan.
Waktu keemasan itulah saya akan gunakan untuk mengambil database pelanggan. Tetapi pada masa itu saya tidak tahu pun apa itu database. Saya biasanya akan minta siap-siap nama, nombor telefon, alamat penuh dan email pelanggan yang mahukan produk itu.
Bila dia cakap saja nak barang dan nak booking, saya memang akan meminta maklumat itu. Kemudian saya akan tulis maklumat itu di sebuah buku tulis. Saya tak ada telefon di asrama, jadi saya gunakan telefon asrama saja untuk menghubungi pembekal dan pelanggan saya.
Malam saja selepas tamat kelas belajar, saya akan menghubungi pelanggan. Masa itu, memang banyak duit syilling dan kad telefon saya ada. Senang untuk menghubungi pelanggan. Seorang demi seorang saya akan hubungi dan tanya sama ada mereka sudah membuat pembayaran atau tidak.
Akaun bank yang saya ada pada ketika itu hanyalah Bank Rakyat. Selepas pelanggan mengesahkan yang mereka sudah membuat pembayaran, saya akan menghubungi pembekal. Satu-satu alamat saya bacakan, sampai sejam bergayut dengan pembekal. Pembekal akan mengepos barang itu kepada pelanggan.
Di hari Jumaat, akan ada sedikit waktu lapang selepas solat Jumaat. Di kesempatan itu saya akan pergi ke Bank rakyat yang berhampiran dengan sekolah untuk menyemak akaun. Saya tawakal saja dan berharap ada duit di dalam akaun.
Masa itulah saya akan transfer duit pada pembekal dan pembekal akan pos barangan yang dipesan oleh pelanggan. Selepas itu, adalah banyak duit sudah. Saya sudah mula membeli stok sendiri.
Masa itu, saya jual produk sabun muka, bb-cream, mask dan banyak lagi. Saya memilih untuk menjual produk-produk seperti itu kerana saya sendiri juga menggunakannya yang mana muka saya juga memang banyak jerawat.
Hari-hari berdoa nak ada duit RM1,500-RM1,800. Alhamdulillah, Allah makbulkan. Masa tu baik , tak buat banyak dosa sangat. Hehe! Selepas itu minta lagi nak ada RM4,800, alhamdulillah dapat juga.
Saya order barang pun call pembekal menggunakan telefon asrama dan pembekal pos barang ke sekolah. Muka saya hari-hari pergi mengambil barang di pejabat sekolah sampai kerani sekolah pun bertanya barang apa yang selalu dihantar kepada saya.
Kadang-kadang saya suruh cikgu saya ambilkan. Cikgu warden asrama pula selalu memberi kelonggaran untuk saya keluar outing ke bandar kerana dia tahu saya baik dan antara pelajar pandai. Kadang-kadang, dia sendiri yang akan membantu saya menghantar barangan niaga.
Sehinggalah tingkatan 5, saya ada simpanan sebanyak RM200,000, berkat perniagaan saya di asrama. Tetapi disebabkan jiwa remaja dan tiada pengalaman menguruskan duit, hanya tinggal RM8,000 dalam akaun. Saya banyak menggunakan duit semasa masuk ke UiTM dan memang tak minta duit mak dan ayah langsung. Sebab dulu dapat tawaran belajar di luar negara tetapi saya tolak sebab tiada minat untuk terus belajar.
Selepas 6 bulan di UiTM, saya nekad berhenti belajar pada usia 18 tahun. Kebetulan pada masa itu juga abang saya meninggal dunia.
Saya kemudian berpindah ke Ukay Perdana. Dengan modal yang ada, RM500, saya keluarkan Aurora dan buat spa di rumah. Ramai juga pelanggan yang datang ke rumah. Di kesempatan itulah saya mempromosikan Aurora.
Saya pergi ke sana sini menaiki teksi. Pergi kilang naik teksi. Dulu kilang tak layan sangat pun. Saya pergi buat pelekat sendiri di Achik Printing Taman Melawati. Potong sendiri pelekat menggunakan guntin dan tampal di botol. Pergi pos pula menggunakan teksi. Gigih tak gigih pada masa itu, sampailah bulan Jun 2013 di mana saya pada ketika itu berusia 19 tahun, saya dapat cecah RM1 juta bersih yang pertama.
Tahu kan kereta apa yang saya ada? Sampai hari ini ada Toyota Camry, Hilux, Mini Cooper, Audi dan Hummer H2.
Perjalanan saya sebenarnya masih panjang untuk diceritakan. Nanti saya akan tulis lagi jika anda suka membacanya. 2013 - 2015, hampir RM5 juta untung bersih yang saya dapat buat.
Kongsikan artikel ini beramai-ramai. Biar sama-sama tahu bahawa tidak mudah sebenarnya untuk berjaya. Memang perlu kegigihan dan tanpa banyak alasan. Perlu pandai mencipta ruang bila ada peluang. Usaha dan doa yang konsisten. - Safiey Ilias | PIXEL MEDIA

Dengan Modal Rm500 Gadis Berusia 22 Tahun Ini Raih Untung Bersih Juta
Reviewed by Admin
on
8:14:00 PG
Rating: