Mungkinkah Ini Sebab Ku Li Tukar Pendirian Dan Kini Sokong Najib?



Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa bahawa Tengku Razaleigh Hamzah merupakan individu yang memberi cadangan untuk menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan cara undi tidak percaya di Parlimen.

Walaupun memberi cadangan sedemikian, namun kata Dr Mahathir, Tengku Razaleigh atau Ku Li kini dilihat telah menukar pendiriannya untuk menyokong Najib.

"Dia dah tukar dia punya pedirianlah.

"Dia ingat kalau satu orang hilangkan RM42 billion itu perkara baik, dia harus sokong, itu hak dia.

"Akhirnya dia yang cadang jatuh Najib ini, dia sokong Najib," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas soalan pemberita berhubung tindakan Tengku Razaleigh yang menandatangani Deklarasi Kelantan bagi menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Najib.

Selain itu, Mahathir turut memberitahu Tengku Razaleigh sebelum ini memberitahunya bahawa undi tidak percaya dapat menjatuhkan Najib.

Tengku Razaleigh kemudian mengedarkan deklarasi undi tidak percaya di kalangan wakil rakyat namun tidak mendapat sokongan majoriti, kata Mahathir.

"Walaupun dia kata dia boleh dapat majoriti, (tetapi) dia tak dapat. Itu saja dia tau. Dia pun tak buat apa dan dia pun suruh orang yang buat," kata Mahathir tanpa menjelaskan lebih lanjut mengenai perkara itu. - MalaysiaKini

Mungkinkah Ini Sebab Ku Li Tukar Pendirian Dan Kini Sokong Najib? Mungkinkah Ini Sebab Ku Li Tukar Pendirian Dan Kini Sokong Najib? Reviewed by Admin on 8:45:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.