Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata dalam satu kenyataan bahawa khabar angin itu "tidak benar".
Beliau berkata, Kementerian Pertahanan dan ATM tidak berhasrat membenarkan sebuah pangkalan tentera asing dibina di Malaysia.
Pada Rabu lepas, sebuah portal dalam talian melaporkan bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Kemajuan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengemukakan pertanyaan di Dewan Rakyat di sini sama ada Putrajaya membenarkan Amerika Syarikat membina sebuah pangkalan tentera di Sabah.
Menurutnya jika khabar angin itu benar, ini menunjukkan Malaysia tidak mampu mempertahankan dirinya. - Bernama
AS Bina Pangkalan Tentera Di Sabah? Ini Penjelasan ATM
Reviewed by Admin
on
7:26:00 PG
Rating: