Mayat Guru Agama Ditemui Dalam Tandas Sebuah Homestay



KUALA SELANGOR, 27 Mac (Bernama) -- Seorang guru agama dijumpai mati di dalam bilik air sebuah banglo yang dijadikan homestay di Taman Desa Mawar, Tanjong Karang di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Supt Roslan Abdullah berkata mayat Sobri Yusof, 26, ditemui kira-kira pukul 9 malam oleh jirannya yang curiga berikutan pintu depan banglo berkenaan tidak bertutup sejak awal pagi semalam.

Roslan berkata, mangsa tinggal seorang diri di rumah berkenaan yang disewa sejak Jumaat lepas.

"Mangsa merupakan anak kedua daripada lima beradik dan mengajar di Sekolah Menengah Agama Tanjong Karang.

"Buat masa ini polis mengklasifikasikan kes ini sebagai mati mengejut kerana berdasarkan siasatan awal kami tidak menemui sebarang unsur-unsur jenayah," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tanjong Karang untuk bedah siasat.

Mayat Guru Agama Ditemui Dalam Tandas Sebuah Homestay Mayat Guru Agama Ditemui Dalam Tandas Sebuah Homestay Reviewed by Admin on 7:50:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.