Pasangan Bakal Pengantin Maut Jatuh Gaung Saat Ambil Gambar Pre Wedding



Insiden memilukan sepasang yang bakal menjadi pengantin maut terjatuh gaung di tepi air terjun yang berbatu ketika mengambil gambar untuk pre wedding.

Dalam kejadian yang berlaku pada 15.03.2016 di Aceh, Indonesia, pasangan ini difahamkan terjatuh di atas batu air terjun tempat pelancongan dengan ketinggian 200 meter.

Calon pengantin wanita bernama Irmam, 23 tahun ditemui maut dengan kecederaan teruk manakala pasangan lelakinya, ari irwana, 27 masih belum ditemui (hilang)

Seorang remaja berumur 16 tahun yang cuba menolong mangsa juga turut terjatuh dan mengalami patah kaki.

Menurut laporan polis kedua-dua pasangan ini di fahamkan tidak akan lama lagi akan melangsungkan perkahwinan, mereka pergi ke tempat itu untuk mengambil gambar sebagai pre wedding bersama dua lagi rakan mereka, mereka berjalan kaki dari tempat parking hingga ke kawasan tersebut.

Setelah berehat dalam beberapa minit kedua-dua mangsa langsung melakukan pengambilan gambar yang dibantu oleh Eric dan Fathu sebagai jurugambar

Entah bagaimana ketika pengambilan gambar berlangsung mangsa lelaki terjatuh tergelincir di atas batu yang licin dan masuk gaung sedalam 200 meter, ketika itu keadaan menjadi panik katanya.

Eric dan Fathu yang melihat kejadian berteriak, salah seorang mereka cuba meminta tolong sambil berlari ke kawasan parking, manakala mangsa wanita Irma cuba mencari kekasihnya juga turut tergeincir dan terjatuh ke dalam gaung air terjun tersebut.


Fathu yang juga cuba mencari kedua-dua mangsa juga tergelincir namun hanya mengalami patah kaki.

Masyarakat yang tiba di lokasi kejadin setelah dimaklumkan Eric tidak dapat berbuat apa apa kerana kawasan tersebut merupakan kawasan yang sangat berbahaya.

Tidak lama selepas itu pasukan SAR sampai dengan anggota 9 orang kira-kira jam 15.00 petang yang diketuai oleh sutrisno tiba di lokasi.

Pasukan SAR terus bertindak turun gaung dengan menggunakan peralatan dan mencari Fathu dengan keadaan kaki patah. Kemudian tidak jauh dari penemuan, Fathu dan Irma ditemui dengan keadaan memiukan dan sudah tidak bernyawa.

Mangsa ketiga Ari Irawan masih belum ditemui sehingga jam 7 petang pada hari kejadian disebabkan hari semakin gelap. Akhirnya pasukan SAR memutuskan pencarian segera dihentikan dan diteruskan pada keesokan harinya pada jam 8:30 pagi

Hingga awal hari 23.03.2016 mangsa ketiga masih juga belum di temui, Fathu masih lagi dirawat di hospital manakala jenazah Irma Yati sudah dikebumikan dikampungnya.

Pasangan Bakal Pengantin Maut Jatuh Gaung Saat Ambil Gambar Pre Wedding Pasangan Bakal Pengantin Maut Jatuh Gaung Saat Ambil Gambar Pre Wedding Reviewed by Admin on 7:57:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.