Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, langkah tersebut dilakukan bagi meningkatkan perbelanjaan pembangunan untuk menjana aktiviti ekonomi yang lebih mampan.
“Kami lihat ini satu keperluan yang mendesak kerana suasana ekonomi pada hari ini menuntut kerajaan negeri untuk bertindak lebih proaktif bagi memastikan setiap dana itu dikembalikan dalam bentuk pembangunan dan bukan dalam bentuk perbelanjaan,” katanya kepada Sinar harian.
Menurutnya, elaun seperti keraian, perjalanan dan elaun lain yang dilihat membazir perlu dipotong untuk penjimatan perbelanjaan kerajaan negeri.
Jelasnya, ia pendirian kerajaan negeri untuk mengurangkan belanja mengurus sehingga tahap 50 peratus dan meningkatkan belanja pembangunan sebanyak 50 peratus.
“Dan ini telah kami lakukan demi kepentingan penduduk sejak saya mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri sebagai menteri besar,” katanya.
Beliau berkata, dasar tersebut berjaya membawa pada penjimatan dan lebihan pendapatan sebanyak RM 577 juta setahun.
Beliau percaya dengan pendirian yang diambil dan penjimatan yang dilakukan kerajaan negeri mampu mencatat sasaran yang telah ditetapkan.
“Kita beruntung kerana di Selangor anggota perkhidmatan awam memahami keperluan berpegang pada prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban dengan memotong kos operasi,” katanya.
sumber
Kerajaan Selangor Mengambil Langkah Mengejutkan Yang Kerajaan BN Tidak Akan Buat!
Reviewed by Admin
on
10:48:00 PG
Rating: