Pesawat Flydubai Terhempas Di Rusia, Kesemua Penumpang Dan Kru Terkorban



KUALA LUMPUR: Pesawat flydubai FZ981 terhempas ketika mendarat di bandar Rostov-on-Dov yang terletak di tenggara Rusia, mengorbankan kesemua penumpang dan kru penerbangan jam 3.50 pagi (waktu tempatan), lapor Pusat Kecemasan Rantau Selatan negara itu pada Sabtu.

Kawalan trafik udara dan servis kecemasan Rusia mengesahkan pesawat Boeing 737-800 dari Dubai itu terhempas ketika membuat cubaan mendarat kedua akibat jarak penglihatan yang buruk, lapor portal berita RT.com.

Kementerian Kecemasan Rantau negara itu turut mengesahkan kesemua 55 orang penumpang dan enam kru pesawat malang itu terkorban.

Boeing dalam satu catatan di Twitter berkata pihaknya telah mendapat laporan dan sedang mendapatkan maklumat mengenai nahas tersebut masa ini.

Flydubai Airline turut mengesahkan melalui laman Facebook rasminya, pesawat tersebut terhempas ketika melakukan pendaratan.

Dalam kenyataan melalui laman sesawangnya, syarikat itu mengesahkan nahas itu mengakibatkan kehilangan nyawa, tetapi tidak menyatakan jumlah mereka yang maut.

Katanya, nahas berlaku pada kira-kira 00:50 GMT (8.50 pagi Sabtu waktu Malaysia) ketika pesawat berkenaan melakukan pendaratan di Lapangan Terbang Rostov-on-Don.

Pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai (DXB) pada 18:20 GMT (2.20 pagi Jumaat waktu Malaysia), katanya.

Flydubai merupakan syarikat penerbangan kos rendah yang beroperasi di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa di Dubai. - astroawani.com

Pesawat Flydubai Terhempas Di Rusia, Kesemua Penumpang Dan Kru Terkorban Pesawat Flydubai Terhempas Di Rusia, Kesemua Penumpang Dan Kru Terkorban Reviewed by Admin on 6:53:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.