Anda Boleh Selesaikan Masalah Tayar Pancit Dalam Tempoh 2 Minit



"Sekarang sesiapa pun boleh baiki tayar bocor dengan mudah dan ceoat. Peralatan, tak perlu. Buka tayar, tak perlu. Angkat tayar, tak perlu. Tukar tayar tak perlu".

Begitulah dakwa pengendali pengguna instagram 'kofi29.official' yang menjual produk yang menyelesaikan masalah tayar pancit dalam tempoh singkat.

Menurutnya, produk yang diperkenalkannya sangat mudah digunakan yang hanya memakan masa dua minit sahaja.

"Awek pun boleh kendali tanpa berpenat lelah. Hanya sambung dan pam. Dan anda wooosyy InshaAllah dalam masa 2 minit terus jalan.," katanya menerusi iklan produk tersebut.


Malaysian Digest menghubungi pengendali akaun instagram tersebut dan beliau menjelaskan produk berkenaan mengeluarkan angin dan bendasing yang akan membaiki masalah pancit, seperti gam.

"Setelah gam tersebut membaiki pancit, udara didalam tayar masih tidak mencukupi. Biasanya, tekanan tayar adalah 30 PSI dan produk ini hanya mengeluarkan 20PSI - tetapi ianya mencukupi untuk perjalanan singkat sehingga anda mengisi angin di stesen petrol atau di bengkel," ujarnya.

Tambahnya, produk dipanggil MY GT merupakan produk Australia yang dihasilkan di China dijual dengan harga RM80, walaubagaimanapun sempena hari raya produk ini dijual dengan harga RM50 untuk satu kanister bagi kegunaan sekali.

"Sekiranya anda boleh menukar tayar pancit kepada tayar simpanan, tukarlah. Sekiranya anda tidak ada masa maka produk ini boleh digunakan. Saya menguji produk ini selama dua tahun terhadap pelbagai kenderaan. Saya boleh katakan kadar kejayaan sekitar 99.9%," katanya lagi.

- Malaysian Digest

Anda Boleh Selesaikan Masalah Tayar Pancit Dalam Tempoh 2 Minit Anda Boleh Selesaikan Masalah Tayar Pancit Dalam Tempoh 2 Minit Reviewed by Admin on 10:12:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.