Anggota Bomba Pulangkan Wang Tunai Dijumpai Ketika Padam Kebakaran



JOHOR BAHRU: Seorang anggota bomba yang memadam kebakaran bersama rakan-rakannya di kedai menjual peralatan ibadat di Taman Penggawa Barat di sini menjumpai wang tunai berjumlah kira-kira RM30,000 dan mengembalikan wang itu kepada pemilik kedai.

Hairul Mat Nin, yang berkhidmat dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat di sini, cuba menyelamatkan barang-barang di kedai itu apabila beliau terjumpa ikatan wang tunai di salah sebuah bilik di tingkat atas, kata komander operasi Khairul Azhar Abdul Aziz.

"Wang tunai itu, dalam mata wang asing dan ringgit telah dikembalikan kepada pemiliknya berusia 42 tahun, Teo Kian Yong.

"Kami memuji sikap dan kejujuran Hairul yang mengembalikan wang itu kepada pemiliknya yang berhak dan berharap semua anggota bomba boleh mengamalkan nilai yang sama," kata Khairul Azhar.

Kebakaran di kedai itu berlaku kira-kira pukul 4 petang Jumaat dan sepasukan anggota bomba tiba di tempat kejadian kira-kira 20 minit kemudian.

Api berjaya dikawal kira-kira pukul 5.10 petang tetapi kedai itu hangus terbakar. - mStar

Anggota Bomba Pulangkan Wang Tunai Dijumpai Ketika Padam Kebakaran Anggota Bomba Pulangkan Wang Tunai Dijumpai Ketika Padam Kebakaran Reviewed by Admin on 5:46:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.