Lelaki Ini Bongkar Penipuan Pengemis Berkudung Depan Orang Ramai



Beijing: Penipuan seorang lelaki menyamar pengemis kudung untuk membolehkan dia memperoleh wang dengan mudah terbongkar apabila diserang seorang penduduk yang sekian lama mengesyaki dia menipu mengenai kecacatannya.

Dalam video yang dirakam di China, seorang lelaki dilihat berjalan menuju ke pengemis itu yang kelihatan kudung kedua-dua kaki.

Lelaki berkenaan kemudian dilihat menyentap seluar pengemis itu untuk membuktikan kepada orang ramai bahawa dia tidak kudung. Pengemis itu bergelut untuk melepaskan diri dan cuba meninggalkan tempat kejadian, tetapi gagal.


Rakaman yang dimuat naik ke Youtube itu kemudian menunjukkan pengemis terbabit memang mempunyai kaki, tetapi diikat untuk menyebunyikannya.

Pengemis terbabit dengan kedua-dua kakinya masih terikat kemudian cuba melarikan diri dengan papan beroda yang biasa digunakan oleh pengemis kudung di China.


Lelaki yang menyerangnya kedengaran menjerit dalam bahasa Mandarin dengan menggelarnya penipu, tanpa berusaha untuk mengejar pengemis itu lagi.



Lelaki Ini Bongkar Penipuan Pengemis Berkudung Depan Orang Ramai Lelaki Ini Bongkar Penipuan Pengemis Berkudung Depan Orang Ramai Reviewed by Admin on 5:00:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.