Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Rusdi Mohd Isa berkata dalam kejadian 5.40 petang itu, kedua-dua suspek bertopi keledar masuk ke pejabat berkenaan menggunakan pintu belakang.
Katanya, suspek bertindak mengacukan parang ke arah seorang pegawai awam perempuan sebelum bertindak merampas wang tunai di kaunter bilik Unit Hasil.
"Pada waktu kejadian proses pengiraan wang hasil pendapatan harian di lakukan dua pegawai awam," katanya dalam satu kenyataan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan rompakan berkumpulan menggunakan senjata.
Sementara itu, Ketua Pengarah JPJ Datuk Nadzri Siron ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara itu dan menyerahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Pejabat JPJ Jalan Genting Kelang Disamun RM754,000
Reviewed by Admin
on
9:24:00 PG
Rating:
