TOK Guru Nik Aziz sangat ‘simple’. Itu kata-kata yang digambarkan bekas pengawal peribadi, Zakaria Deraman, 62, ketika ditanya pengalamannya bekerja dengan bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selama 23 tahun.
Zakaria atau lebih mesra dipanggil Abe Ya mengakui Allahyarham tidak banyak kerenah hingga mudah untuknya bekerja dengan bekas Mursyidul Am Pas itu.
“Tok Guru ini orang paling mudah diuruskan, memang tak ada banyak kerenah, tidak menyusahkan. Senang sangat. Tak ada banyak protokol. Tak tahu saya nak guna perkataan apa untuk gambarkan betapa mudahnya kerja dengan dia. Cuma jaga makan minum dia... itu cukup.
“Dia paling lemah lembut tapi tegas. Serupa macam mana kamu lihat di luar. Dia tidak ada herdik orang atau marah naik suara. Jadi, kita tenang dan senang bekerja dengan dia.
“Bila dia dah tak ada ini, saya memang terasa sebab sudah tiada lagi kata-kata dia, ucapan dia. Selama berpuluh tahun ini bekerja untuk Tok Guru, jika bulan Ramadan, hanya lima malam sahaja kami berbuka di rumah. Selebihnya saya bersamanya sehingga hari raya untuk pelbagai program dan jemputan,” katanya kepada Sinar Online.
Mengimbau kembali saat pertama kali melangkah masuk ke Galeri Tok Guru, Abe Ya yang juga pesara Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengakui tidak dapat menyembunyikan rasa sebaknya.
Melihat kembali gambar dan barangan peribadi Nik Aziz, Abe Ya akui kesal tidak merakam gambar bersama Allahyarham semasa hayatnya.
“Memang bila fikir balik, sayangnya saya tak rakam gambar bersama beliau dulu. Ada pun gambar saya dengan beliau yang diambil jurugambar-jurugambar,” katanya.
Bercerita lagi, Abe Ya berkata, apabila Allahyarham terasa lapar kerana tidak sempat makan tengah hari, Nik Aziz hanya memintanya membelikan roti ataupun pau sahaja.
“Dia makan dalam kereta saja. Tidak pernah dia suruh berhenti di restoran untuk makan.
“Sebelum ini, ingat lagi kalau beliau pergi pilihan raya kecil mana-mana, dia jarang tidur hotel. Dia pilih tidur di madrasah, surau-surau, masjid-masjid tapi akhir-akhir itu (sudah sakit), disediakan hotel lah sebab tahu dia sakit.
“Dia kata, kita iktikaf dapat pahala. Di hotel tidur sedap saja. Kalau ada masa lagi untuk urusan seterusnya pun, dia akan ajak duduk di masjid,” katanya.
Sepanjang menjaga keselamatan Nik Aziz, Abe Ya akui ada yang terlalu taksub hingga mahu memeluk dan mencium bekas pemimpin itu.
“Sebab terlalu sayang, ada yang datang nak pegang dia, peluk...jadi, kita leraikanlah. Mereka pun bukan nak buat pelik-pelik, cuma nak lepas gian sahaja untuk peluk tapi tak bolehlah Tok Guru tak sihat. Kalau nak peluk kuat-kuat tak boleh. Tapi mereka fahamlah. Selama saya menjaga dia, tak ada yang nak buat khianat atau sebagainya. Kita pun percaya pada orang yang bertemunya.
“Tok Guru tiada ada sebarang protokol untuk orang mendekati dia. Cuma, kita sendiri akan tengoklah keadaan dan orangnya. Kalau ramai kerumun tak bolehlah. Kalau pengawal peribadi lain tak bagi dekat mungkin bimbang bos mereka dipukul dan sebagainya tapi Tok Guru ini tidak ada lah. Orang nak sayang dia.
“Sampai ada yang kata, ‘saya dapat sentuh kereta Tok Guru pun tak apa, puas dah hati saya’. Ada yang harap dapat mencuit baju atau kain dia sahaja pun cukup. Memang ada jumpa orang macam ini,” katanya.
Selesa menetap di Pulau Melaka, Abe Ya memilih untuk kekal di sana walaupun tidak lagi bekerja sebagai pengawal peribadi.
“Walaupun saya sudah tidak lagi bekerja untuk Tok Guru selepas Tok Guru tak ada, saya masih kekal di sini (Pulau Melaka) dan gaint pesan dia hidupkanlah dan jangan tinggalkan ceramah di sini. Saya pun sayang nak tinggalkan sini,” katanya.
Katanya, antara pesanan paling diingatinya sejak awal bekerja dengan Nik Aziz ialah solat awal waktu dan berjemaah.
“Apabila masuk waktu solat, dia sedang bertemu dengan orang, dia akan tinggal terus. Orang pun faham. Dia memang begitu. 10 minit sebelum masuk waktu saja, orang dah faham. Dia akan ambil wuduk dan bersedia untuk solat.
“Tok Guru memang utamakan waktu solat. Dia solat awal waktu tidak pernah melewat-lewatkan solat walaupun sibuk macam mana sekali pun. Staf di pejabat pun solat sekali bersama di biliknya,” katanya.

Pengawal Peribadi Dedah Akhlak Arwah TGNA Ketika Menjadi Menteri Besar
Reviewed by Admin
on
12:08:00 PG
Rating: