Pemandu Van Maut Dibelasah Gara-Gara Lupa Ambil Pelajar



KLANG: Akibat terlupa mengambil seorang murid sekolah agama di sini, seorang pemandu van maut selepas dipercayai dibelasah bapa saudara kanak-kanak terbabit di tepi Jalan Kampung Sungai Udang, malam semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Azman Abdul Razak, berkata dalam kejadian itu jam 7 malam, mangsa Mohd Izhharuddin Nordin, 24, dikatakan diekori suspek yang berusia 29 tahun dengan motosikalnya dan minta mangsa memberhentikan kenderaannya.

"Berlaku pertengkaran antara mereka dan suspek dikatakan menumbuk mangsa sehingga mangsa tidak sedarkan diri.

"Selepas insiden berkenaan, mangsa dipercayai meninggal dunia di dalam van berkenaan," katanya.

Beliau berkata, sepasukan anggota polis memberkas suspek kira-kira sejam selepas kejadian itu di rumahnya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - HM

Pemandu Van Maut Dibelasah Gara-Gara Lupa Ambil Pelajar Pemandu Van Maut Dibelasah Gara-Gara Lupa Ambil Pelajar Reviewed by Admin on 11:02:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.