Agensi berita ABC News melaporkan, Dane Rusk, 25 memberi sedekah kepada seorang gelandangan di luar sebuah kedai di Regina.
Ketika kejadian, Dane yang berada di dalam kereta telah membuka tali keledar untuk menghulurkan sedekah tersebut.
Tidak lama selepas itu, Dane ditahan seorang anggota polis dan diberikan saman walaupun Dane memakai tali keledar ketika disaman.
Pada waktu tersebut juga Dane diberitahu bahawa gelandangan berkenaan merupakan seorang anggota polis lain yang menyamar.
"Saya disaman kerana membuka tali keledar untuk memberikan sedekah kepada seorang polis yang menyamar gelandangan," kata Dane yang menyifatkan kejadian tersebut sebagai 'gila'.
Balai Polis Regina mengesahkan Dane diberikan saman dan Dane merancang membawa perkara tersebut ke mahkamah.
Lelaki Disaman Beri Sedekah Kepada Polis Yang Menyamar Gelandangan
Reviewed by Admin
on
8:45:00 PG
Rating: