Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Mohd Roy Suhaimi Sarif berkata, wanita yang berusia 39 tahun itu direman selama enam hari.
"Wanita berkenaan kini masih dirawat di Hospital Kuala Lumpur manakala anak perempuannya berusia 5 tahun ditempatkan di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
"Wanita direman untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 309B kerana membunuh anak selepas kelahiran," katanya ketika dihubungi.
Semalam, bayi perempuan yang baru beberapa jam dilahirkan maut dicampak ibunya dari balkoni rumah yang disewa.
Mayat bayi itu ditemui bersama uri pada 8.30 pagi sebelum penduduk flat berkenaan segera menghubungi pihak polis.
Emak Bayi Dedah Punca Sebenar Dia Nekad Campak Anaknya Dari Tingkat
Reviewed by Admin
on
11:11:00 PG
Rating: